Barisan Nasional (BN) masih belum bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, apatah lagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, kata bekas penasihat ekonomi negara, Tun Daim Zainuddin.
Dalam satu temubual ekslusif oleh Malaysia Gazette, beliau berpandangan bahawa BN sepatutnya telah bersedia dengan strategi mereka dan juga calon selepas memenjarakan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pilihan raya Permatang Pauh pun tidak bersedia. Patut apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ke dalam, UMNO bersedialah.
"Patut kena plan sekarang, apa lagi tunggu? Patut sudah pilih calon dan pergi kempen," katanya ketika ditanya sama ada UMNO dan BN sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu ketika ditanya siapakah yang boleh menjadi pemimpin pelapis dalam UMNO, Daim berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan individu yang paling layak kerana beliau mampu membawa perubahan.
Bagaimanapun ujarnya, Muhyiddin perlu mempunyai pasukan yang bijak dan arif tentang negara bagi memastikan pentadbiran dapat diuruskan dengan berkesan.
"Seorang pemimpin perlukan pasukan yang pandai, yang ada brain (otak), dan faham tentang negara.
"Muhyiddin boleh, tapi kena tahu sejarah negara. Kalau tidak tahu macam mana hendak move forward (bergerak ke depan)," tegas Daim.
Katanya jika bukan Muhyiddin yang menerajui UMNO, parti itu bakal berpecah-belah.
Semalam, Muhyiddin dalam satu kenyataan meminta Tun Dr Mahathir Mohamad agar memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mentadbir negara dengan caranya sendiri.
Ujanya, mungkin tidak semestinya setiap perkara yang dibuat oleh kerajaan hari ini dipersetujui oleh bekas perdana menteri itu dan begitu juga semasa kepimpinannya, ada juga keputusan yang dibuatnya tidak dipersetujui oleh semua.
Astro Awani
Fri Apr 10 2015
Tun Daim Zainuddin berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menjadi pemimpin pelapis UMNO.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.