KUALA LUMPUR:Permintaan kediaman di Selangor menunjukkan peningkatan sebanyak 3.2 peratus pada 2020 berbanding pada 2019 selepas ramai orang berpindah ke perumahan mampu milik di pinggir-pinggir bandar negeri itu susulan pandemik COVID-19.
Laporan tersebut didedahkan oleh portal hartanah, iProperty melalui Portal Demand Analytics membabitkan permintaan hartanah subsale atau sekunder di Malaysia dengan tumpuan khusus di empat negeri termasuk Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Analisis itu buat pertama kali melibatkan empat jenis hartanah iaitu rumah teres, kondominium, kediaman servis serta apartmen.
Menurut Pengurus Besar Penyelesaian Data Pengguna REA Group Asia, Premendran Pathmanathan, Selangor menerima manfaat susulan perpindahan kumpulan berpendapatan rendah (B40) dari Kuala Lumpur, selain trend bekerja dari rumah.
“Kawasan kediaman pinggir bandar menawarkan rumah lebih besar dengan lebih nilai untuk wang pembeli dan telah menyaksikan pertumbuhan permintaan yang begitu pesat.
“Daerah pinggir bandar seperti Puncak Alam, Dengkil dan Semenyih berada di bahagian atas senarai kawasan dengan permintaan tertinggi di Selangor.
“Pencari hartanah Puncak Alam berminat dengan rumah teres bersaiz keluarga antara 1,250 dan 2,000 kaki persegi dengan harga antara RM300,000 dan RM400,000.
“Serendah merekodkan pertumbuhan permintaan tertinggi di Selangor pada 2020,” katanya, di sini pada Selasa.
Jelas beliau, kebanyakan minat tertumpu kepada rumah teres dengan peningkatan peratusan sebanyak 4.3 peratus.
Sementara, Johor pula menunjukkan penurunan paling ketara iaitu sebanyak 12.7 peratus, dengan keempat-empat segmen kediaman merekodkan kejatuhan.
Ia diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur masing-masing penyusutan 9.5 peratus dan 1.3 peratus.
Bagaimanapun, permintaan di kawasan pinggir bandar di ketiga-tiga negeri tersebut turut menunjukkan peningkatan dengan Johor menyaksikan Muar dan Batu Pahat merupakan dua kawasan dengan permintaan tertinggi.
BACA: Isu 'overhang': Kediaman tidak terjual bernilai RM42.49 bilion, kekal jadi masalah negara - Rahim & Co
Bagi Pulau Pinang, Kepala Batas merupakan kawasan dengan permintaan tertinggi, dan Batu Caves mengungguli carta kawasan tertinggi permintaannya di Kuala Lumpur.
Secara keseluruhan, permintaan dalam negara bagi hartanah sekunder pada 2020 jatuh sebanyak 1.3 peratus tahun atas tahun (YoY), kata Premendran.
“Meskipun terdapat penurunan permintaan, rumah teres, kondominium dan kediaman servis menampakkan pertumbuhan positif, masing-masing sebanyak 2.6 peratus, 1.4 peratus dan 2.4 peratus.
“Penurunan permintaan hartanah pada 2020 ini memang telah kami jangka. Wabak COVID-19 telah mengubah cara orang hidup dan bekerja,” jelas beliau.
Bagaimanapun, beliau yakin pasaran hartanah akan pulih selepas vaksin COVID-19 diperkenalkan, selain pengecualian duti setem oleh kerajaan untuk pasaran sekunder di bawah Belanjawan 2021.
"Di samping itu, pengurangan secara beransur-ansur Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan pengurangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membantu meringankan pembayaran semula pinjaman perumahan.
"Ini turut mencetuskan minat membeli hartanah terutamanya dalam kalangan kelas pertengahan dan atasan," jelas beliau.
Astro Awani
Tue Jan 26 2021
Daerah pinggir bandar seperti Puncak Alam, Dengkil dan Semenyih berada di bahagian atas senarai kawasan dengan permintaan tertinggi di Selangor. - Gambar Facebook@ProjekPerumahanSelangor
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
KL, Negeri Sembilan catat peningkatan pembaziran makanan pada Ramadan 2023
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan direkodkaan sebagai dua negeri yang mencatatkan peningkatan pembaziran makanan pada bulan Ramadan tahun lalu.
Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
Pengundian semula Pemilu 2024 di Kuala Lumpur berjalan lancar, terkawal
Proses pengundian semula melibatkan 22 Tempat Pemungutan Suara (TPS) dan 120 KSK atau peti undi bergerak.
Aura Cakra Khan memukau penonton di konsert 'Live' KL
Walaupun beraksi selama tiga jam, Cakra Khan mendendangkan lagu-lagu balada yang membuai perasaan dengan suara serak basahnya.
Turkmenistan Airlines perkenal laluan Ashgabat-KL
Turkmenistan Airlines sedang mengembangkan rangkaian antarabangsanya dengan memperkenalkan empat laluan baharu, termasuk satu ke Kuala Lumpur.
Penyediaan kawasan lapang di Kuala Lumpur perlu lebih kreatif untuk dimajukan - DBKL
Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Zulkurnain Hassan berkata DBKL tidak boleh memaksa pihak pemaju menyerahkan tanah secara percuma dalam semua keadaan.
Persempadanan Selangor, Kuala Lumpur dimuktamad 2025 - Amirudin
Persempadanan kawasan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada 2025, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Pembangunan pesat Wilayah Persekutuan seiring sosioekonomi penduduk
Kerajaan akan memastikan pembangunan sosial dan ekonomi penduduk Wilayah Persekutuan sentiasa seiring dengan pembangunan pesat di wilayah berkenaan.