awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
Prasarana catat rekod 1.63 juta penumpang harian tertinggi 31 Disember
RM15 juta untuk Dapur Siswa, pastikan tiada mahasiswa 'ikat perut'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan sertai perkhidmatan awam kekal tinggi, SPA jangka 1.3 juta permohonan

Bernama
Bernama
21/06/2025
13:15 MYT
Permintaan sertai perkhidmatan awam kekal tinggi, SPA jangka 1.3 juta permohonan
Pengerusi SPA Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata jangkaan itu berdasarkan jumlah permohonan yang diterima dari semasa ke semasa, termasuk sambutan orang ramai terhadap program Kembara Kerjaya SPA anjuran suruhanjaya itu. - BERNAMA
BUTTERWORTH: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menjangkakan permintaan rakyat Malaysia, termasuk golongan belia, untuk menyertai perkhidmatan awam kekal tinggi, dengan jumlah permohonan dijangka mencecah sehingga 1.3 juta tahun ini.
Pengerusi SPA Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata jangkaan itu berdasarkan jumlah permohonan yang diterima dari semasa ke semasa, termasuk sambutan orang ramai terhadap program Kembara Kerjaya SPA anjuran suruhanjaya itu.
"Tahun-tahun sebelum ini, kita menerima sehingga 1.2 juta permohonan dan tahun ini mungkin meningkat kepada 1.3 juta. Kesimpulannya, permintaan untuk menyertai perkhidmatan awam masih tinggi, malah ramai yang berminat walaupun tiada lagi skim pencen.
"Justeru, kita menganjurkan lebih banyak program libat urus dan 'outreach' bagi memastikan golongan belia yang sedang mencari pekerjaan memperoleh maklumat terkini mengenai peluang kerjaya dalam sektor awam menerusi SPA," katanya kepada pemberita selepas meninjau program Kembara Kerjaya SPA @ Pulau Pinang 2025 di sini hari ini.
Program itu bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai peranan serta peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam.
Ahmad Jailani berkata bagi enam bulan pertama tahun ini, SPA telah menganjurkan empat siri Kembara Kerjaya di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pulau Pinang, dengan kehadiran lebih 10,000 orang.
Selain secara fizikal, program itu turut dilaksanakan secara maya menerusi laman web SPA, yang turut mencatat jumlah kunjungan tinggi.
Beliau berkata program berkenaan akan diteruskan di Kelantan bulan depan, diikuti beberapa lokasi lain seperti Putrajaya, Melaka, Perak, Johor dan Kuala Lumpur, sebagai platform interaktif bagi orang ramai mendapatkan maklumat dan membuat pertanyaan secara terus kepada petugas SPA.
"Peserta juga berpeluang mengikuti sesi taklimat berkaitan permohonan, tips pengambilan serta status permohonan menerusi sesi yang dikendalikan oleh petugas SPA," katanya.
Menurutnya, keseluruhan program melibatkan petugas dari semua bahagian utama SPA dan Squad Outreach SPA yang akan melaksanakan pelbagai pengisian termasuk sesi taklimat, konsultasi serta aktiviti interaktif untuk menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan SPA kepada kumpulan sasar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan awam
#SPA
#Ahmad Jailani Muhamed Yunus
#permohonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan