Permintaan terhadap dadah sintetik atau syabu dalam kalangan anak peneroka Felda di negeri ini menunjukkan trend peningkatan meskipun harganya lebih mahal berbanding dadah jenis heroin yang sebelum ini lebih popular di kawasan itu.
Ketagihan kronik terhadap dadah yang mahal ini dikatakan turut menjadi antara penyumbang kepada berlakunya pelbagai kes jenayah termasuklah pecah rumah, samun dan ragut, bagi membolehkan pelakunya memperoleh wang segera untuk membeli bekalan.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Muhamad Zaki Harun berkata permintaan dadah jenis syabu hampir menyamai permintaan dadah jenis heroin yang sebelum ini lebih popular di kawasan-kawasan Felda disebabkan sifat mahu mencuba dan merasa pelbagai jenis dadah.
"Untuk itu mereka memerlukan wang yang lebih banyak dan apabila tiada wang, inilah yang menyumbang kepada berlakunya kes jenayah di kawasan sekitar.
"Kita akui terdapat kaitan bahawa sekiranya ada penagih di sesuatu kawasan, maka akan berlakulah jenayah sampingan yang lain bahkan ada juga di kalangan penagih mencuri getah dan kelapa sawit untuk dijual memandangkan harga komoditi itu ketika ini agak mahal. Kiranya mereka akan melakukan apa sahaja jenayah asalkan mereka memperoleh wang untuk membeli bekalan," katanya kepada Bernama.
Air ketum
Katanya selain itu, pengambilan air ketum juga merekodkan permintaan tinggi ketika ini, bahkan polis turut menemui ladang ketum dan tempat memproses air ketum di daerah Jempol yang diusahakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Lebih membimbangkan, pengedar ketum yang ditahan itu berasal dari kawasan Felda, sekali gus memudahkan lagi bekalan dadah diperoleh anak-anak Felda di kawasan berkenaan, katanya.
Muhamad Zaki berkata berdasarkan statistik tangkapan berkaitan dadah di Felda di seluruh Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini, menunjukkan peningkatan sebanyak 67 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Operasi telah kita jalankan di kawasan Felda di daerah Kuala Pilah, Tampin, Jelebu dan Jempol dan mendapati kenaikan dari segi tangkapan pada tahun ini iaitu seramai 136 orang berbanding 81 orang dalam tempoh sama tahun lepas," katanya.
Meskipun pelbagai usaha membanteras penyalahgunaan dadah dilaksanakan, beliau berkata selagi ia mendapat permintaan, selagi itulah akan adanya bekalan dan bagi memastikan kegiatan kegiatan itu dapat dihapuskan secara holistik, elemen permintaan dan penawaran perlu diperangi habis-habisan.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat melakukan tangkapan terhadap para pembekal di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan bermula tahun ini, PDRM akan memberi tumpuan lebih khususnya kepada tangkapan terhadap pembekal melalui pengumpulan maklumat, percakapan dan risikan saksi yang telah ditahan dan mereka ini akan ditahan di bawah akta tersebut.
"Meskipun ketika ditahan tiada barang pada mereka, tetapi berdasarkan maklumat yang diperoleh dan kita telah sahkan bahawa individu terbabit memang ada kaitan dengan kegiatan berkaitan dadah dan juga telah kenal pasti laluan pembekalan dadah yang dilakukannya, barulah tangkapan dibuat, itu pun selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.
Rampasan
Mengenai statistik rampasan dadah, Muhamad Zaki berkata bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini, polis telah merampas pelbagai jenis dadah seperti heroin seberat 2.35 kilogram (kg), ganja (2.66 kg), daun ketum (46.77 kg) dan pil erimin 5 (612 biji) bernilai RM138,306 melibatkan tangkapan seramai 1,839 orang.
Katanya polis turut mengesan taktik pengedaran terbaharu syabu yang dibungkus dalam pek minuman buah-buahan ''Fruit Powder Drinks'' dan dijual dengan harga RM300 bagi paket seberat empat gram di kelab-kelab hiburan.
Dalam tempoh sama, Muhamad Zaki berkata polis juga telah menahan seramai 23 orang dibawah Akta
Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dengan 14 daripada mereka dipercayai turut terlibat dengan kegiatan kongsi gelap.
"Tahun lepas di bawah undang-undang ini, seramai 70 tangkapan telah dibuat. Tahun ini kita tingkatkan tangkapan di bawah akta ini dan kita percaya dibawah undang-undang ini juga usaha kita akan lebih berjaya kerana kita menyekat bekalan meskipun ketika suspek ditahan, tiada dadah ditemui pada mereka, tetapi kita mempunyai risikan yang telah memperoleh maklumat mengenai kegiatan suspek.
"Kita juga akan sasarkan pusat-pusat hiburan di kawasan bandar seperti Seremban, Nilai dan Port Dickson yang mana kita memang tahu ada unsur pengedaran dadah berlaku di kawasan berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, Muhamad Zaki turut menyeru agar orang ramai supaya memberikan kerjasama dengan membantu menyalurkan maklumat kepada polis bagi memerangi penyalahgunaan dan bekalan dadah secara berkesan.
Indeks jenayah
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor langkah pembasmian dadah yang dilakukan PDRM termasuk di daerah itu yang mempunyai 36 kawasan rancangan Felda, berjaya mengurangkan indeks jenayah di kawasan tersebut.
Beliau berkata berdasar statistik rampasan dadah bagi kategori bekalan bagi tahun lepas, heroin merekodkan rampasan tertinggi iaitu sebanyak 1,041 gram diikuti syabu dengan 132 gram manakala bagi kategori permintaan pula, ketum merupakan rampasan tertinggi iaitu sebanyak 285 liter, diikuti heroin (24 gram), ganja (21 gram) dan syabu (13 gram).
"Untuk tahun ini dari Januari hingga Mac, heroin kekal merekodkan rampasan tertinggi bagi kategori bekalan diikuti syabu, begitu juga dengan ketum yang merekodkan rampasan tertinggi bagi kategori permintaan iaitu sebanyak 92 liter, diikuti syabu 24 gram; ganja 12 gram dan heroin empat gram," katanya.
Pada tahun lepas, beliau berkata sebanyak 39 tangkapan dibuat di bawah kategori bekalan manakala 225 tangkapan bagi kategori permintaan 209 tangkapan, penagihan melibatkan 486 individu berusia antara 14 hingga 40 tahun ke atas.
Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, Noorzainy berkata 111 individu ditahan melibatkan 111 tangkapan di daerah tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2017
Permintaan dadah jenis syabu hampir menyamai permintaan dadah jenis heroin yang sebelum ini lebih popular. - Gambar fail
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Republik Dominika rampas 9.5 tan dadah, terbesar dalam sejarah
Pihak berkuasa Republik Dominika berjaya merampas 9.5 tan dadah jenis kokain, yang merupakan terbesar dalam sejarah negara itu dengan nilai anggaran mencecah AS$250 juta (RM1.11 bilion).
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahli perniagaan Malaysia, dua warga Iran bebas pertuduhan edar dadah
Seorang ahli perniagaan Malaysia dan dua warga Iran terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar 48.6 kilogram dadah jenis metamfetamina.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.