awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permit, satu dos suntikan vaksin COVID-19 perlu sebelum masuk Brunei

Bernama
Bernama
29/07/2021
10:03 MYT
Permit, satu dos suntikan vaksin COVID-19 perlu sebelum masuk Brunei
Pemberitahuan itu akan membolehkan semua pengangkutan berdaftar dan pelancong penting lain mematuhi peraturan baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Brunei. - Gambar fail
KUCHING: Semua pengangkut asing termasuk dari Sarawak kini perlu mendapatkan permit rentas sempadan dan sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sebelum dibenar memasuki Brunei.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata peraturan baharu itu telah disampaikan kepada kementeriannya oleh Konsulat Jeneral Brunei, di sini baru-baru ini.
"Pengangkut juga dikehendaki mempunyai keputusan ujian PCR COVID-19 yang negatif iaitu sah selama dua minggu sebelum dibenar memasuki Brunei.
"Keputusan ujian Rapid Antigen COVID-19 yang negatif bagi setiap kemasukan ke Brunei juga diperlukan.
"Seperti yang disahkan oleh Konsulat Jeneral Brunei di Kuching, Ujian Rapid Antigen COVID-19 akan dijalankan terhadap pengangkut secara percuma di sempadan Brunei oleh kakitangan Kementerian Kesihatannya," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Menurut Lee, semua pengangkut berdaftar dan pelancong penting lain dari Sarawak harus mengambil maklum perkara itu atau mereka tidak dibenarkan memasuki Brunei sekiranya keputusan ujian Rapid Antigen mereka positif pada hari kemasukan.
"Kami percaya pemberitahuan ini akan membolehkan semua pengangkutan berdaftar dan pelancong penting lain mematuhi peraturan baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Brunei untuk melindungi nyawa dan kehidupan semua pihak yang terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Brunei
#permit
#suntikan vaksin
#vaksin
#satu dos
#Peraturan
#masuk brunei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan