awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa pusat penyelidikan utama di Jerman
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan biasiswa Jepun MEXT 2022 dibuka untuk pelajar Malaysia

Bernama
Bernama
18/10/2021
12:59 MYT
Permohonan biasiswa Jepun MEXT 2022 dibuka untuk pelajar Malaysia
Kedutaan Jepun di Malaysia memaklumkan biasiswa itu menyediakan elaun bulanan kira-kira 242,000 yen (kira-kira RM8,828) (tertakluk kepada perubahan). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Permohonan biasiswa Jepun (Monbukagakusho: MEXT) 2022 untuk Program Pemimpin Muda (YLP) kini dibuka sehingga 3 Dis bagi rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Jepun.
Kedutaan Jepun di Malaysia, dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, memaklumkan biasiswa itu menyediakan elaun bulanan kira-kira 242,000 yen (kira-kira RM8,828) (tertakluk kepada perubahan).
"Yuran untuk peperiksaan kemasukan, matrikulasi dan tuisyen di universiti akan dikecualikan. Tiket penerbangan pergi balik juga disediakan," menurut kenyataan itu.
Jangka masa kursus adalah setahun dari Oktober 2022 hingga September 2023, kecuali Kursus Pentadbiran Perniagaan akan bermula dari September 2022 hingga Ogos 2023. Kursus akan dijalankan dalam bahasa Inggeris.
Terdapat lima (5) kursus yang terdapat di bawah YLP - Kursus Pentadbiran Perniagaan (Sarjana Pentadbiran Perniagaan) di Universiti Hitotsubashi; Kursus Undang-Undang (Sarjana Undang-undang) di Universiti Kyushu; Kursus School of Government (Master in Public Administration atau Master in Public Policy) di National Graduate Institute for Policy Studies (GRIPS); Kursus Tadbir Urus Tempatan (Sarjana Pentadbiran Awam atau Sarjana dalam Dasar Awam) di Institut Siswazah untuk Dasar Luar Negeri (GRIPS); Kursus Pentadbiran Penjagaan Kesihatan (Sarjana Pentadbiran Penjagaan Kesihatan) di Universiti Nagoya.
Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi Perkhidmatan Maklumat Jepun, Kedutaan Jepun di talian 03-2177-2600 sambungan146 atau lawati https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/youngleaders.html.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedutaan Jepun
#Biasiswa Jepun
#rakyat Malaysia
#MEXT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan