awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan kuota khas pekerja asing: Terima surat tidak bermakna diluluskan - Saravanan

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
11/09/2022
07:21 MYT
Permohonan kuota khas pekerja asing: Terima surat tidak bermakna diluluskan - Saravanan
Menurut Saravanan, walaupun ada surat sokongan daripada menteri sekalipun, mereka masih perlu membuat permohonan mengikut SOP yang ditetapkan. - Gambar fail
IPOH: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan mengesahkan ada menerima surat daripada Pejabat Perdana Menteri berhubung permohonan kelulusan khas merekrut dan membekalkan 12,000 pekerja asing untuk sebuah agensi pekerjaan seperti yang tular di media sosial.
Walau bagaimanapun, jelas Saravanan, permohonan untuk kelulusan khas itu tidak dimuktamadkan sebaliknya ia telah melalui proses seperti biasa yang ditetapkan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
“Jika ada surat yang dihantar kepada mana-mana menteri, memang ia akan diminitkan kepada saya (sekiranya berkenaan). Namun ia tidak semestinya diluluskan.
“Jadi, apabila ada syarikat hantar (permohonan) kepada Pejabat Perdana Menteri, pegawainya akan panjangkan kepada KSM kerana ia adalah peraturan kuasa oleh KSM. Saya memang terima (surat permohonan itu).
“Akan tetapi, walaupun ada surat sokongan daripada menteri sekalipun, mereka masih perlu membuat permohonan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Sering kali saya (katakan) bahawa tiada tekanan daripada mana-mana menteri, termasuk Perdana Menteri untuk saya meluluskan mana-mana kuota khas seperti itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen Rumah Ibadat Hindu Negeri Perak di Kuil Arulmigu Subramaniar Kallumalai di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan perkara berkenaan sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu ekoran musim pilihan raya yang bakal menjelang pada bila-bila masa.
“Sekarang ini tidak ada permohonan secara manual, sebaliknya semua dibuat dalam talian.
“Isu ini mungkin timbul sebab macam nak dekat pilihan raya, jadi semua perkara mahu disensasi,” jelas beliau.
Saravanan sebelum itu diminta mengulas berkenaan sepucuk surat daripada Pejabat Perdana Menteri yang diminitkan kepada Pejabat KSM bertarikh 13 Januari 2022 seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Surat berkenaan tertera permohonan perhatian Menteri Sumber Manusia untuk meluluskan khas sebuah agensi pekerjaan swasta untuk merekrut dan membekalkan 12,000 pekerja asing dari Bangladesh tanpa perlu dirujuk kepada panel jawatankuasa berkaitan.
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#permohonan
#ksm
#M Saravanan
#agensi pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan