PUTRAJAYA: Penukaran agama lima anak seorang lelaki mualaf pada 2018 tanpa persetujuan ibu bukan Islam kekal tidak sah setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Ketua Pendaftar Muallaf Selangor untuk kebenaran merayu bagi mengembalikan semula status agama Islam mereka.
Tanpa kebenaran merayu itu, keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama Islam lima adik-beradik itu kekal.
Dalam keputusan sebulat suara itu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata isu yang dibangkitkan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdula, yang bertindak bagi pihak MAIS dan Ketua Pendaftar Muallaf, telah diselesaikan melalui keputusan mahkamah dalam kes penukaran agama M. Indira Gandhi.
"Mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Tinggi) adalah betul dalam mengikuti keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi," kata Hakim Tengku Maimun yang mengetuai hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.
Dalam kes Indira Gandhi pada 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa persetujuan kedua-dua ibu dan bapa diperlukan untuk menukar agama anak-anak kepada Islam.
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata peruntukan Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan jelas menyatakan bahawa seseorang yang bukan beragama Islam boleh memeluk agama Islam sekiranya dia berakal dan mencapai umur 18 tahun, atau jika dia belum mencapai umur 18 tahun, ibu dan bapa mesti bersetuju dengan penukaran agama.
"Permohonan (oleh MAIS dan Ketua Pendaftar Muallaf) juga tidak memenuhi syarat Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk kebenaran diberikan," katanya.
Beliau turut memerintahkan MAIS dan Ketua Pendaftar Muallaf membayar kos RM30,000.
MAIS dan Ketua Pendaftar Muallaf memohon kebenaran untuk merayu selepas ibu kanak-kanak itu memfailkan permohonan semakan kehakiman, antara lain memohon perintah mahkamah supaya membatalkan pendaftaran dan pengisytiharan memeluk Islam anak-anaknya itu.
Wanita berusia 33 tahun itu menamakan bekas suaminya, pengerusi MAIS, Ketua Pendaftar Muallaf Selangor, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Pada 1 Nov 2018, bapa kanak-kanak itu memeluk agama Islam dan pada hari yang sama turut menukarkan agama lima anaknya itu tanpa kebenaran ibu.
Pada berkenaan, anak sulung berusia 10 tahun, manakala anak yang lain berumur sembilan, enam, lima dan tiga tahun.
Ibu tersebut hanya mengetahui anak-anaknya beragama Islam selepas menerima surat daripada MAIS pada 2019, mengesahkan pendaftaran penukaran agama Islam anak-anaknya.
Semasa membenarkan semakan kehakiman ibu itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah memutuskan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi adalah mengikat mahkamah rendah dan enakmen Selangor dengan jelas menyatakan bahawa ibu dan bapa perlu bersetuju dengan penukaran agama mereka itu.
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Tanpa kebenaran merayu itu, keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama Islam lima adik-beradik itu kekal. - Gambar fail

Politik Lubnan | PPB syor Lubnan kerajaan inklusif
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, PBB Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu. Guterres membuat cadangan tersebut sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

COVID-19 | PBB tawar sokongan kepada Korea Utara
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran pada selasa mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Korea Utara. Memburukkan keadaan, penduduknya yang tidak divaksin, akan mendedahkan mereka kepada komplikasi teruk. Jesteru itu, badan dunia itu PBB menawarkan bantuan dan suntikan bagi membantu populasi di Korea Utara.

COVID-19 | AS tingkat penggunaan Paxlovid sehingga 315 peratus
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mendedahkan, penggunaan ubat antiviral COVID-19 Pfizer, Paxlovid telah melonjak 315 peratus sejak empat minggu lalu. Hampir 115,000 pil telah dikeluarkan pada minggu pertama Mei.

COVID-19 | Indonesia gugur mandat pelitup muka
Indonesia bakal menggugurkan syarat bagi orang ramai memakai pelitup muka di luar rumah dan pengembara yang diberi vaksin menunjukkan ujian pra-berlepas negative. Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 1,469 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35 ribu 623 kes, daripada 4.47 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.

Vaksin COVID-19 | FDA lulus dos penggalak untuk 5-11 tahun
Pentadbiran makanan dan ubat-ubatan (FDA) meluluskan penggunaan suntikan penggalak vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun. Ini menjadikan semua individu di amerika syarikat berumur lebih lima tahun layak untuk mendapatkan dos ketiga.

Sukan SEA | Kok Leong menang emas perseorangan 6-red snuker
Pemain snuker negara Lim Kok Leong memastikan pingat emas Sukan SEA acara perseorangan 6-red snuker lelaki kekal dalam genggaman Malaysia dengan memenangi pingat itu di Ha Dong Gymnasium pada malam Selasa. Pemain berusia 27 tahun itu mengalahkan Jefrey Roda dari Filipina 5-3 pada perlawanan akhir bagi memenangi pingat emas individu pertamanya di Sukan SEA selepas acara itu dipertandingkan semula selepas sembilan tahun.

Indonesia gugur syarat pakai pelitup muka di luar rumah
Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

Pilihan raya Lubnan: Guterres gesa penubuhan kerajaan inklusif
Beliau mengharapkan pembentukan pantas kerajaan yang inklusif bagi memuktamadkan perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Basikal lajak: Pengurusan kes selanjutnya rayuan kerani pada 28 Jun
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Jun bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjaranya.

Kes cukai tertunggak: Najib, Nazifuddin dapat kebenaran merayu
Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin boleh merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung penghakiman terus diperoleh LHDN dalam kes cukai tertunggak.

23 Mei dengar kebenaran merayu Najib, Shafee batal kelayakan Sri Ram
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Bahagian Sivil di Jabatan Peguam Negara Shamsul Bolhassan.

Tanah di Taman Rimba Kiara untuk pembangunan kediaman, bukan taman - Peguam
Tanah di kawasan Taman Rimba Kiara yang diperuntuk bagi projek pembangunan adalah untuk membina kediaman dan bukan sebagai taman awam.

Tuduhan konspirasi politik dan Ketua Hakim Negara: PKPMP buat laporan polis
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) telah membuat laporan polis berhubung tuduhan-tuduhan wujudnya konspirasi antara pemimpin politik dan Ketua Hakim Negara.

Kes SRC: Najib mohon lebih masa untuk fail petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan
Datuk Seri Najib Tun Razak memohon lanjutan masa selewat-lewatnya hingga 25 April ini untuk memfailkan petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Ibu mualaf gagal dapat kebenaran merayu untuk kembalikan status agama Islam dua anaknya
Ini susulan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan mereka untuk kebenaran meneruskan rayuan mereka ke Mahkamah Persekutuan.

Pengamal perubatan Islam gagal dapat kebenaran cabar keabsahan Akta 775
Ramli memohon kebenaran untuk memulakan cabaran perlembagaan kerana mendakwa Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang berhubung teknik pengubatan dalam Islam.

SRC International: Permohonan rayuan Najib masukkan bukti baharu ditolak
Mahkamah Rayuan tidak melakukan sekarang kekhilafan dan tiada sebarang kesalahan yang membolehkan ia dirayu.

Suami Zeti terima dana 1MDB sebelum SRC ditubuhkan - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya adhoc Datuk V. Sithambaram berkata SRC tidak wujud ketika Tawfiq menerima wang daripada dana kekayaan negara itu pada 2008.