PUTRAJAYA: Majikan boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian bagi proses pengambilan pekerja asing untuk setiap sektor pekerjaan yang dibenarkan dari negara sumber tidak lama lagi, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Saravanan berkata beliau akan membuat pengumuman mengenai tarikh permohonan dalam talian itu boleh dibuat, dalam masa terdekat.
"Dalam hal ini, saya ingin menasihatkan pihak majikan agar tidak membuat sebarang pembayaran melalui orang tengah atau pihak ketiga bagi tujuan mempercepatkan proses permohonan tersebut, untuk mengelakkan daripada berlakunya penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Dis 2021 bersetuju pengambilan pekerja asing dibuka untuk semua sektor selain daripada sektor perladangan, iaitu pertanian, perkilangan, perkhidmatan, perlombongan dan kuari, pembinaan serta perkhidmatan domestik.
Saravanan turut mengingatkan majikan yang ingin menggajikan warga asing agar mengemukakan permohonan sendiri dan berdasarkan kepada keperluan sebenar pekerja asing.
Majikan yang menggunakan khidmat agensi pekerjaan swasta juga perlulah memastikan bahawa agensi tersebut berdaftar dan mempunyai lesen yang diperakui oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, katanya.
Kerajaan sebelum ini memaklumkan bahawa semua kemasukan pekerja asing perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pekerja asing yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 pada 14 Disember 2021.
SOP tersebut merangkumi empat fasa iaitu prapelepasan, semasa ketibaan, selepas ketibaan iaitu tempoh kuarantin dan pascakuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022

Saravanan berkata beliau akan membuat pengumuman mengenai tarikh permohonan dalam talian itu boleh dibuat, dalam masa terdekat. - Gambar fail/BERNAMA

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

UMNO bantah projek asrama pekerja asing di Bertam
Pembinaan itu berikutan cadangan pembangunan Kawasan Perindustrian Berteraskan Teknologi Tinggi di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir.

Sektor pelancongan kekurangan 15,000 hingga 20,000 pekerja - Nancy
Nancy berkata, kerajaan sedang berusaha menangani isu tersebut termasuk dengan membawa masuk pekerja dari luar negara.

PAPSMA tolak monopoli dalam pengambilan pekerja asing
PAPSMA lega apabila kerajaan menghentikan sementara sistem digital pengambilan pekerja asing.

Mekanisme kurangkan kebergantungan pekerja asing akan diberi tumpuan - PM
Rakyat tempatan akan tetap diberi keutamaan dalam aspek pekerjaan, kata Perdana Menteri.

MEF rayu kebenaran khas guna khidmat pelarian, pekerja tanpa dokumen
Mereka boleh bekerja terus bagi mengisi kekurangan sedia ada sementara menunggu ketibaan pekerja asing ketika ini.

Biarpun sederhana, pekerja asing seronok sambut Ramadan di Malaysia
Kemeriahan bulan suci umat Islam itu juga turut sama diraikan warga asing terutama yang berkelana mencari rezeki di bumi bertuah ini.

Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 mampu pulihkan ekonomi lebih awal - Saravanan
Menurutnya, kenaikan kadar gaji minimum itu sebaliknya mampu merancakkan lagi ekonomi apabila rakyat mempunyai lebih wang untuk dibelanjakan.

MPN gesa segerakan kelulusan permohonan pekerja asing
Kementerian Sumber Manusia digesa menyegerakan proses kelulusan bagi permohonan-permohonan pekerja asing dalam negara.

Masih ramai majikan tidak endah kebajikan pekerja asing
Masih ramai majikan yang tidak cakna dengan kebajikan pekerja asing mereka terutama dari segi keselamatan dan kesihatan.

PDI: PAPSMA mahu sistem telus, lancar dalam merekrut pembantu rumah Indonesia
Majikan di Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui proses, pembayaran, jaminan dan penggantian melibatkan pengambilan pekerja asing.