KUALA LUMPUR: Permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes rasuah membabitkan projek hibrid solar dihadapinya dan memohon perbicaraan penuh kes itu yang berlangsung sejak 2018, terbatal dan tidak sah, akan didengar pada 6 Julai ini.
Menerusi semakan sistem mahkamah, permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan perkara itu disahkan oleh peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Rosmah ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah memfailkan permohonan sama di Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.
Bagaimanapun permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan rayuannya terhadap permohonan itu juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Dalam permohonan terbaharunya, Rosmah memohon deklarasi bahawa pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat), masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah salah di sisi undang-undang.
Beliau memohon pengisytiharan bahawa fiat versi pertama yang ditandatangani Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun pada 8 Julai 2020, yang sepatutnya ditandatangani oleh Peguam Negara terdahulu, Tan Sri Tommy Thomas pada atau sebelum 15 November 2018, iaitu tarikh pendakwaan ke atas pemohon adalah tidak sah di sisi undang-undang.
Pemohon memohon deklarasi bahawa fiat versi kedua bertarikh 11 Mei 2021 adalah tidak wujud memandangkan Thomas di dalam bukunya - 'My Story: Justice in Wilderness' yang diterbitkan pada 2021 menyatakan pelantikan Sri Ram adalah berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad dan bukannya kes solar selain memohon deklarasi bahawa pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu melalui fiat versi ketiga adalah cacat.
Selain itu, Rosmah memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh bagi kes solar yang berlangsung sejak 15 Nov 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah dan terbatal.
"Oleh itu, saya selaku Orang Kena Tuduh (OKT) hendaklah dilepaskan dibebaskan daripada semua pertuduhan dihadapi di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 di dalam kes solar itu," kata Rosmah dalam permohonannya.
Rosmah dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak.
Perbicaraan di Mahkamah Tinggi telah selesai dan Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 7 Julai ini untuk menyampaikan keputusan sama ada Rosmah akan dibebaskan atau disabitkan dengan tiga pertuduhan rasuah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
Dalam permohonan terbaharunya, Rosmah memohon deklarasi bahawa pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat), adalah salah di sisi undang-undang. - Gambar fail
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Kes saman syarikat barangan kemas, permohonan Rosmah didengar 29 Mei
Permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas Lebanon, terhadapnya akan didengar pada 29 Mei.
Perkembangan status representasi Rosmah 1 Mac ini
Ia berkaitan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.
Rayuan Rosmah cabar pelantikan mendiang Sri Ram Mac depan
Sebutan kes Rosmah di Mahkamah Rayuan yang dijadualkan pada Isnin dijadualkan semula pada 8 Februari depan.
Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.
Rosmah kemuka representasi baharu gugur 17 pertuduhan
Datin Seri Rosmah Mansor telah mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 12 pertuduhan.
Hilang barang kemas, syarikat Lubnan gagal peroleh penghakiman terus terhadap Rosmah
Mahkamah Tinggi menolak permohonan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Rosmah dakwa pertuduhan pengubahan wang haram bertindih, tidak dapat perbicaraan adil
Rosmah berkata pertuduhan berkenaan bertindan antara satu sama lain dan ia sebenarnya merujuk kepada kesalahan yang sama.
Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak halang pendakwaan terhadap Rosmah - Pendakwaan
Tiada peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 menghalang pendakwaan terhadap Rosmah atas pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.