Permohonan tujuh bekas banduan kanak-kanak semak tahanan tanpa tempoh didengar 24 November

Peguam mewakili pemohon, Abdul Rashid Ismail mengesahkan tarikh pendengaran dan pemfailan permohonan terbabit. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan Isnin ini untuk mendengar permohonan tujuh bekas banduan kanak-kanak yang disabitkan dengan kesalahan serius, supaya dibenarkan menyemak semula keputusan mahkamah yang memerintahkan mereka ditahan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ringkasan AI
- Permohonan tujuh bekas banduan kanak-kanak disabit kesalahan serius untuk mendapatkan semakan semula keputusan mahkamah berkenaan perintah ditahan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
- Pemohon berhujah bahawa perubahan undang-undang yang memansuhkan hukuman mati mandatori dan penjara seumur hidup memerlukan semakan semula hukuman mereka.
- Para banduan terbabit, yang kini berusia antara 26 hingga 35 tahun, mendakwa telah mengalami ketidakadilan serius dan memohon agar hukuman mereka disemak dan dipertimbangkan semula berdasarkan pindaan undang-undang yang berlaku.
Peguam mewakili pemohon, Abdul Rashid Ismail ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran dan pemfailan permohonan terbabit.
Dalam permohonan yang difailkan secara berasingan dan dilihat oleh Bernama, para pemohon menyatakan terdapat perubahan undang-undang yang memansuhkan hukuman mati mandatori dan penjara sepanjang hayat, sekali gus menuntut supaya hukuman mereka disemak dan dipertimbangkan semula.
Mereka mendakwa bahawa mereka telah mengalami ketidakadilan yang serius dan tiada cara lain untuk membetulkan ketidakadilan itu, memandangkan telah berlaku pindaan dalam undang-undang.
Tujuh banduan terbabit yang kini berusia antara 26 hingga 35 tahun disabitkan dengan kesalahan membunuh, menculik dan mengedar dadah yang dilakukan semasa mereka masih remaja.
Disebabkan masih di bawah umur ketika kesalahan berlaku, mereka diijatuhi hukuman ditahan di penjara 'selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong', sebagai ganti hukuman mati mandatori.
Dalam afidavit mereka bagi menyokong permohonan berkenaan, mereka menyatakan telah dinasihati peguam bahawa Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang berkuat kuasa pada 2023 telah memansuhkan hukuman mati mandatori dan penjara seumur hidup.
Sehubungan dengan itu, penahanan mereka tanpa tempoh tertentu memerlukan campur tangan Mahkamah Persekutuan di bawah Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan bagi mengelakkan ketidakadilan terhadap mereka (pemohon).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


