awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza

Bernama
Bernama
19/01/2025
10:50 MYT
Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mempengerusikan mesyuarat Permukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) hari ini. - Foto BERNAMA
LANGKAWI: Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pandangan ini disuarakan dalam Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang berlangsung di pulau lagenda ini.
Bercakap pada sidang media selepas penutup Permukiman AMM, beliau berkata pelan gencatan senjata ini membuka peluang untuk meredakan ketegangan serta memberi keutamaan kepada melindungi nyawa yang tidak berdosa.
Beliau turut menekankan bahawa menteri-menteri luar menyifatkan situasi di Gaza sebagai "sangat membimbangkan".
Israel dan Hamas bersetuju untuk memulakan gencatan senjata pada Ahad, termasuk pembebasan ratusan tawanan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam lawatan terbaharu beliau ke United Kingdom turut mengalu-alukan pengumuman perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Beliau menyifatkan gencatan senjata ini sebagai langkah penting yang akan memberikan kelegaan kepada rakyat Gaza yang telah mengalami penderitaan.
Beliau juga berkata bahawa Malaysia, yang telah berdekad memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin, akan menghulurkan bantuan untuk pembinaan semula Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri-menteri Luar ASEAN
#gencatan senjata di Gaza
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan