IPOH: Jurulatih penerbangan yang maut dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini malam tadi pernah terselamat dalam satu lagi insiden membabitkan pesawat sebelum ini.
Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dilaporkan tersangkut pada sebatang pokok selama beberapa hari apabila pesawat dinaiki mengalami masalah enjin namun berjaya dikawal semasa menjalani latihan pada 2004.
Menurut ibu saudara Allahyarham yang berusia lingkungan 50-an serta enggan dikenali, kejadian itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Fajim Juffa dalam bidang penerbangan.
"Arwah tidak pernah memberitahu dia takut atau mahu berhenti daripada bidang ini kerana memang mempunyai minat yang amat mendalam," katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini malam tadi.
Beliau berkata arwah bapa Fajim Juffa turut mengalami nasib sama kerana terkorban dalam insiden membabitkan pesawat pada sekitar tahun 1989.
Tinjauan Bernama mendapati suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik itu terutama apabila isteri dan anak-anak perempuan arwah tiba dari Selangor pada kira-kira 1.20 pagi.
Ibu saudara arwah juga berkata mereka tidak sanggup memberitahu kesemua anak perempuan dan isteri Fajim Juffa bahawa beliau telah terkorban sehinggalah mereka tiba di sini bagi mengelakkan perkara tidak diingini menimpa keluarga itu ketika dalam perjalanan.
"Saya rapat dengan arwah dan beliau merupakan seorang yang ceria serta selalu membawa keluarga datang ziarah ke rumah saya," katanya.
Dalam insiden pada kira-kira 8 malam itu, Fajim Juffa yang berasal dari Semenyih, Selangor terkorban manakala seorang lagi jurulatih penerbangan iaitu Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera.
Mereka dilaporkan bertolak dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran sebelum kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengeluarkan mayat jurulatih penerbangan yang maut selepas pesawat ringan jenis Piper 28 terhempas di Medan Gopeng, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA
Pantau Belanjawan: ASEAN 2025: Peluang dan strategi perkasa PMKS
Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 membawa peluang besar untuk memperkukuh perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) di rantau ini. Diskusi ini mengupas cabaran utama PMKS, strategi serantau, dan tindakan konkrit untuk memastikan pertumbuhan ekonomi inklusif dan mampan.
Trump kutip tarif melalui perkhidmatan hasil luar
Trump berkata bahawa beliau akan mewujudkan Perkhidmatan Hasil Luar untuk mengutip tarif dan hasil lain dari negara asing.
AWANI Ringkas: Pihak berkuasa tangkap Presiden Korea Selatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PBB sediakan laluan bantuan Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang merancang untuk memperluaskan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza jika gencatan senjata dilaksanakan.
Bagaimanapun, akses sempadan dan keselamatan kekal sebagai halangan utama.
Bagaimanapun, akses sempadan dan keselamatan kekal sebagai halangan utama.
Anwar tiba di London, mulakan lawatan kerja lima hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di London, United Kingdom (UK) bagi memulakan lawatan kerja rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, bermula 15 hingga 19 Januari.
Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin
Pemain import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu.
Aeroangkasa: Satelit penderiaan jauh Malaysia, UzmaSAT-1 dilancar
Satelit penderiaan jauh UzmaSAT-1, keluaran syarikat tempatan Uzma Berhad dilancarkan ke orbit rendah bumi awal pagi tadi menerusi roket Falcon 9 Transporter 12 milik syarikat SpaceX.
Presiden Korea Selatan ditahan, didakwa salah guna kuasa
Bersama Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, Penganalisis Politik UUM bagi memahami impaknya kepada pentadbiran politik di Korea Selatan, susulan Penahanan Presiden Yoon Suk Yeol atas tuduhan hasutan yang berkaitan dengan pengisytiharan perintah darurat.
WhatsApp mudahkan anda beri emoji reaksi dengan hanya ketik dua kali pada mesej
Pengguna hanya perlu mengetik dua kali pada sesuatu mesej, dan tetingkap untuk emoji akan hadir sebelum anda memilih.
PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London
Perdana Menteri Anwar memulakan lawatan kerja lima harinya ke United Kingdom dengan bertemu rakan sejawatan Keir Starmer pada Rabu.
PM zahir ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat ringan terhempas
Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal yang meninggal dunia dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Perak.
Pernah terbabit dalam insiden pesawat sebelum ini tidak patahkan minat arwah Fajim Juffa
Pada 2004, Fajim Juffa pernah tersangkut pada sebatang pokok selama beberapa hari apabila pesawat dinaiki mengalami masalah enjin.