MALAYSIA
Perobohan Stadium Shah Alam siap awal, pembinaan baharu bermula hujung tahun

Asril Aswandi (dua dari kiri) ditemui pada Majlis Perasmian Kemudahan Pengasingan Sisa Sungai Klang disempurnakan Abd Hamid (kanan) di Klang pada Rabu. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Proses perobohan penuh Stadium Shah Alam telah disempurnakan lebih awal daripada jadual asal, sekali gus menepis dakwaan bahawa kerja-kerja tersebut mengalami kelewatan.
Ringkasan AI
- Proses perobohan Stadium Shah Alam telah diselesaikan lebih awal daripada jadual asal, termasuk substruktur seperti piling dan pile cap yang digunakan semula untuk pembinaan baharu.
- Fasa pembangunan seterusnya dijangka bermula Oktober atau November 2025, melibatkan pembinaan stadium baharu, kawasan letak kereta, kawasan terbuka dan Jubilee Park.
- Kaedah pembinaan ditukar daripada sistem IBS kepada kaedah konvensional bagi menjimatkan kos, dan stadium baharu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028 atau 2029.
Kemudahan berkenaan dirasmikan Datuk Bandar Klang, Datuk Abd Hamid Hudsain dan disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Dr. Ching Thoo.
Menurut beliau, mengikut kontrak asal, kerja perobohan dijadualkan siap pada 30 Jun 2025, namun ia berjaya diselesaikan lebih awal, iaitu beberapa hari sebelum tarikh akhir.
Mengulas lanjut, Saipolyazan berkata, struktur terakhir yang dirobohkan ialah bahagian superstruktur dan semua bahan seperti batu konkrit digunakan semula bagi menimbun tapak stadium baharu.
“Memandangkan kawasan asal adalah rendah, kita tingkatkan ketinggian tapak stadium antara tiga hingga empat meter lebih tinggi daripada sebelumnya,” jelasnya.
Tambah beliau, fasa seterusnya ialah kerja-kerja pembangunan yang dijangka bermula sekitar Oktober atau November ini selepas proses perincian reka bentuk selesai.
“Kita telah menandatangani perjanjian dengan pemaju utama, MRCB, bagi membangunkan semula stadium ini.
"Sekarang ini, kerja awal yang sedang dijalankan adalah pemasangan atau penandaan sempadan pembinaan bagi Fasa 1,” ujarnya.
Fasa pertama pembangunan merangkumi pembinaan stadium baharu, kawasan letak kereta, kawasan terbuka dan Jubilee Park yang akan berfungsi sebagai taman rekreasi untuk orang awam.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan perubahan pendekatan pembinaan daripada sistem Industrialised Building System (IBS) kepada kaedah konvensional bagi mengurangkan kos projek.
“IBS lebih cepat dan bersih kerana komponen seperti beam dan panel disiapkan di luar dan hanya dipasang di tapak. Tetapi kosnya lebih tinggi. Jadi kita ambil pendekatan menggunakan kaedah konvensional,” katanya.
Walaupun belum ada anggaran rasmi peratusan penjimatan, beliau menyatakan bahawa penggunaan kaedah konvensional diyakini lebih menjimatkan berbanding IBS.
Stadium baharu itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028 atau 2029. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami