Syarikat Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), melaksanakan inisiatif untuk mengekang pertumbuhan produk tiruan dan alat ganti dalam pasaran.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Zahari Husin berkata syarikat itu menyedari produk dan alat ganti tiruan menggunakan jenama Perodua di pasaran, sebahagiannya hampir tidak boleh dibezakan daripada yang tulen.
Ia termasuk minyak pelincir, penapis minyak, penyerap kejutan dan pad brek, katanya dalam kenyataan hari ini.
"Ini sangat membimbangkan kerana ia merupakan barangan kritikal. Pelanggan boleh terpedaya untuk membeli dan menggunakan barangan tersebut, yang belum diuji oleh Perodua dalam kenderaan mereka.
"Selain waranti tidak jelas, ia boleh mengancam keselamatan dan keadaan kenderaan mereka," katanya.
Semalam, Perodua, bersama pengedar dan stokis terpilih memberi taklimat kepada 120 pegawai penguatkuasa KPDNHEP mengenai pelbagai produk dan alat ganti Perodua, lokasi jualan, aliran logistik dan kaedah membezakan barangan tulen dan palsu.
Zahari menggesa orang ramai supaya tidak tertipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab menjual barangan tiruan Perodua, hanya membeli dan menggunakan produk serta alat ganti tulen daripada stokis Perodua yang sah atau daripada mana-mana pusat perkhidmatan Perodua sah di seluruh negara.
"Sebagai alternatif, kami mempunyai pelbagai alat ganti ProGanti yang lebih ekonomikal, telah diuji dan diluluskan oleh Perodua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2019
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak tertipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab menjual barangan tiruan Perodua. - Gambar fail
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Aidilfitri: Lebih 50,000 tiket habis dijual dalam tempoh dua jam
Sebanyak 53,370 tiket bas untuk perjalanan ke Kelantan dari Kuala Lumpur habis terjual dalam tempoh dua jam, kata Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad Che Ibrahim Che Ismail.
Mahkamah perintah Belanda henti penghantaran alat ganti jet F-35 ke Israel
Penghantaran bahagian itu didakwa menyumbang kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel.
JPJ kesan penggunaan alat ganti 'recon' pada kenderaan komersial
Pemeriksaan turut mendapati ada kenderaan ini gagal sebanyak tiga kali apabila menjalani pemeriksaan di pusat berkenaan.
Sindiket curi kenderaan lama di tiga negeri di utara tumpas, 9 lelaki ditahan
Sindiket berkenaan aktif sejak Januari lepas dan menyasarkan kenderaan lama sebelum dijual sebagai alat ganti kenderaan lain.
Bosch hentikan pengeluaran kilangnya di Rusia
Syarikat gergasi Jerman itu mengakui ia mungkin terpaksa menamatkan operasinya di negara itu untuk selamanya.
Feri P. Pinang: "Kalau susah cari alat ganti, tukar enjin baharu" - Guan Eng
Katanya, beliau mewakili suara dan hasrat penduduk Pulau Pinang yang inginkan perkhidmatan itu diteruskan.
GM Korea henti sementara pengeluaran akibat kekurangan alat ganti
Kilang utamanya di Bupyeong, Incheon, di barat Seoul, ditutup pada 17 dan 18 Feb kerana kekurangan peralatan termasuk wayar kabel abah-abah.
Perodua dan KPDNHEP ambil inisiatif banteras produk, alat ganti tiruan
Sebahagian produk dan alat ganti tiruan menggunakan jenama Perodua di pasaran, hampir tidak boleh dibezakan daripada yang tulen.
Seorang dikhuatiri maut, tiga cedera dalam kebakaran di Sentul
Tiga lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai pemilik kedai motosikal itu, seorang pekerjanya dan pembekal alat ganti motosikal yang masing-masing dihantar ke hospital berdekatan.
Perodua tawar bantuan pemilik kereta terjejas akibat banjir
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pinang pada Ahad.