awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza

Sinar Harian
Sinar Harian
05/01/2024
22:15 MYT
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Kereta Bezza yang dibeli Nagakanni Subramaniam yang mengalami kerosaan enjin hanya lapan jam selepas dia membeli kenderaan itu.
SHAH ALAM: Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) Sales Sdn Bhd bersetuju untuk membeli semula dengan harga penuh kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
Pemilik kenderaan itu, Nagakanni Subramaniam berkata, syarikat tersebut juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
“Saya perlu buat keputusan ini dalam masa tujuh hari. Saya juga tak perlu lagi bayar bulan-bulan untuk kereta lama dan semua bayaran sebelum ini akan dipulangkan semula.
“Terima kasih Perodua atas keputusan ini dan semua yang membantu saya menuntut hak ini. Saya terhutang budi dengan anda.
“Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya yang hanya seorang kerani tetapi saya belajar sesuatu.
"Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya. Akhirnya, kerana gula, semut bersatu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Sebelum ini, Nagakanni meluahkan rasa kecewa apabila kereta dibelinya pada 17 Oktober lalu tiada sebarang penyelesaian dengan syarikat tersebut selain terpaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM537 walaupun masih rosak.
Pada Rabu, Ketua Pegawai Operasi Perodua, JH Rozman Jaafar berkata, pihaknya telah mengambil beberapa langkah termasuk menawarkan kereta sementara kepada pelanggan tersebut untuk digunakan dan pilihan membeli semula unit berkenaan.
Bagaimanapun, pada Khamis, Nagakanni mendakwa terdapat beberapa kesalahan fakta dalam kenyataan balas syarikat tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kereta
#Perodua
#enjin rosak
#enjin Bezza rosak sebab gula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan