KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan merancang menubuhkan Jawatankuasa Pelaburan Pertahanan sebagai antara usaha mencegah dan mengelak penyelewengan dalam pemerolehan aset di bawah kementerian itu.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata langkah itu seperti yang disyorkan di bawah Kertas Putih Pertahanan.
"Insya-Allah jawatankuasa ini akan berfungsi untuk menetapkan dasar dan membuat keputusan berkaitan perolehan aset khususnya bagi aset strategik bernilai tinggi yang memerlukan keputusan dibuat secara kolektif, selain daripada mengambil kira keperluan dan kehendak Angkatan Tentera Malaysia(ATM).
"Platform peringkat tertinggi ini akan membantu meningkatkan tahap kesiapsiagaan ATM dari segi kelengkapan," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) mengenai sama ada kementerian telah melakukan pengemaskinian prosedur dalam penganugerahan kontrak pembinaan kepada sesebuah syarikat lanjutan isu skandal kapal tempur pesisir (LCS).
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli berhubung garis masa persiapan LCS 1, Ikmal Hisham berkata buat masa ini, sebanyak 94 peratus reka bentuk terperinci telah disiapkan pihak kontraktor iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
"Mengenai reka bentuk terperinci, ia sedang dirunding BNS dengan Naval Group dari Perancis, ini penting bagi memastikan apa diputuskan kelak akan dapat memenuhi keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai pengguna.
"Pihak Naval Group juga telah putuskan pasukan teknikalnya untuk lakukan audit terhadap reka bentuk terperinci tersebut bulan ini," katanya.
Menurutnya baki enam peratus yang masih belum disiapkan BNS hanya melibatkan reka bentuk terperinci bukan kritikal iaitu zon di atas permukaan air.
Ikmal Hisham turut memaklumkan isu berkenaan LCS akan dijawab Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan lebih lanjut di Dewan Rakyat pada minggu depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata langkah itu seperti yang disyorkan di bawah Kertas Putih Pertahanan. - Bernama

AUKU: KPT kaji kebebasan dan autonomi pelajar
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ketika ini KPT dalam fasa memperhalusi setiap fasal dibawah Akta berkenaan.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi MARA, FELCRA dan SPNB
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam dua pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan kerajaan melibatkan Pengerusi MARA, FELCRA DAN SPNB.

DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Dewan Undangan Negeri Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Ahli DUN Johor pembangkang.

Pemilihan UMNO: Dilakukan secara demokratik dan telus - Khaled Nordin
Jelas Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO, meskipun terdapat isu pada pemilihan beberapa bahagian namun ujarnya ia dilakukan secara demokratik dan telus. Mohamed Khaled antara tiga calon yang menang sebagai Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO sesi 2023 -2026. Dua lagi nama yang memenangi jawatan itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Polis Terengganu tunggu arahan pejabat pengarah pendakwaan
Polis Terengganu sedang menunggu arahan daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut berhubung kes perarakan HIMPIT 2023 pada 17 Februari lalu.

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Tiada krisis 'Situasi Lehman' dalam keadaan kemelut perbankan AS - Penganalisis
Bank-bank berkenaan mempunyai kedudukan mudah tunai yang lebih baik berbanding pada 2008 dan bank Asia hanya mengalami pendedahan minimum terhadap bank wilayah AS.

TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.

Johor catat peningkatan kes kesihatan mental, gangguan emosi sejak COVID-19
Perkembangan itu cukup membimbangkan memandangkan ia perlu dikendalikan dengan baik supaya tidak berlarutan sehingga membawa kepada isu kesihatan lain.

Belanjawan 2023: Penambahbaikan aset Kementerian Pertahanan jadi keutamaan - Adly
Adly berkata kesiapsiagaan semua aset kementerian pada setiap masa adalah penting agar kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terjamin.

Anggota komando hilang, tidak berlaku pelanggaran SOP - Adly
Kementerian Pertahanan mengesahkan tiada unsur kecuaian atau pelanggaran SOP yang disengajakan ketika latihan selaman yang menyebabkan seorang anggota komando hilang.

Kerajaan akan pastikan kebajikan warga ATM terpelihara - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengesahkan bahawa ATM telah menghantar pasukan pertama ke Turkiye bagi membantu usaha pencarian di sana.

Persiapan LIMA 2023 lancar - Mohamad
Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) yang dijadualkan pada Mei 2023 mendapat respon menggalakkan daripada pemain industri yang akan menyertai pameran di acara itu nanti.

LCS: Mindef puas hati status terkini pembinaan, yakin kapal pertama siap 2024
Kementerian Pertahanan berpuas hati dengan status terkini proses pembinaan kapal tempur pesisir termasuk sebuah daripada enam kapal yang diyakini siap pada tahun hadapan.

MINDEF akan pastikan domain pertahanan ATM terus diperkasa - Mohamad Hasan
Kementerian Pertahanan akan terus memperkasa kesiapsiagaan domain pertahanan tentera darat, laut dan udara dalam memastikan keselamatan siber serta elektromagnetik dipertingkat.

Kementerian Pertahanan sedia tambah aset di Pantai Timur
Keperluan menambah kekuatan pasukan itu mengambil kira kekerapan bencana yang berlaku pada saban tahun di negeri terbabit.

Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan jadi fokus utama Tok Mat
Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan akan diteruskan di bawah kepimpinan Kementerian Pertahanan yang baharu, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Jin BTS sertai latihan ketenteraan 13 Disember
Anggota kumpulan K-pop BTS, Jin dilaporkan bakal menyertai perkhidmatan mandatori ketenteraan pada 13 Disember ini.

Hishammuddin bertemu Abang Jo, bincang jalinan kerjasama dan keselamatan Sarawak
Dalam pertemuan itu, Hishamuddin turut memberi jaminan berkenanaan atur kerja berkaitan keselamatan di negeri itu terus dipertingkat.