awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perolehan vaksin COVID-19 ikut prosedur - Khairy

Sinar Harian
Sinar Harian
09/02/2023
00:30 MYT
Perolehan vaksin COVID-19 ikut prosedur - Khairy
Khairy berkata, isu perolehan vaksin ini juga telah disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). - Foto fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan semua keputusan perolehan vaksin COVID-19 mendapat punca kuasa jemaah menteri dan kelulusan Kementerian Kewangan.
Beliau berkata, ia turut mengambil kira pandangan daripada semua agensi.
“Semua keputusan teratur dan mengikut prosedur operasi standard perolehan vaksin COVID-19, bekalan peralatan dan penyedia perkhidmatan berkaitan bagi menangani COVID-19 di Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan perolehan vaksin COVID-19 dan kos dimuktamadkan sebelum ini tidak mengikuti peraturan.
Anwar berkata, perolehan bagi vaksin itu telah ditandatangani oleh Menteri Kesihatan tanpa mendapat persetujuan daripada Peguam Negara.
Khairy dilantik sebagai Menteri Kesihatan pada 30 Ogos 2021 bagi menggantikan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dalam pada itu, Khairy menambah, isu perolehan vaksin ini juga telah disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
“Dan ia didapati teratur,” ujarnya.
Sementara itu, kerajaan disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas siasatan yang telus berhubung perolehan vaksin COVID-19 bermula tahun 2020 yang didakwa tidak mengikut proses sebenar.
Ketua Pasukan Rasuah Busters Perlis, Nor Halmey Hamdah berkata, langkah itu penting bagi membolehkan tindakan tegas diambil sekiranya didapati wujud salah laku.
Bagaimanapun katanya, siasatan tidak harus dilakukan secara tergesa-gesa bagi memastikan dakwaan itu disiasat tanpa menganiayai sesiapa.
"Kita tidak mahu siasatan secara kelam-kabut yang akan menyebabkan berlaku ketidakadilan dalam membuat keputusan.
"Perkara sebegini perlu diteliti dan dilakukan secara cermat. Saya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinet mengambil serius untuk menyelesaikan masalah ini," ujarnya.
Anwar pada Rabu memberitahu kerajaan akan membentangkan kertas putih mengenai perolehan vaksin COVID-19 dan kos berkaitan yang dikesan tidak mengikuti peraturan pada sidang Parlimen yang akan berlangsung bermula 13 Februari ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Khairy Jamaluddin
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan