Seorang lelaki meminta maaf secara lisan dan meletakkan nota permintaan maaf selepas memecah masuk dan merompak jirannya di sebuah pangsapuri Jalan Tun Abdul Razak di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata lelaki berumur 29 tahun itu memecah masuk rumah jirannya yang merupakan seorang guru wanita kira-kira pukul 4.45 pagi.
Katanya, mangsa berumur 28 tahun yang sedang tidur di ruang tamu rumah terjaga apabila terdengar bunyi bising sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba menindih belakang badannya.
"Lelaki itu mengacukan pisau ke leher mangsa dan menyumbat kain ke dalam mulut. Suspek kemudian menghentak kepala mangsa dengan kuat sehingga menyebabkannya lemah dan hampir pengsan.
Apabila melihat keadaan mangsa lemah, lelaki itu memperkenalkan dirinya bahawa dia jiran sebelah rumah. Mangsa kemudian menyerahkan beg duit miliknya kerana takut dirinya diapa-apakan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Menurut Mohd Ali, sebelum beredar melalui tingkap stor rumah terbabit, suspek memberitahu mangsa bahawa dia telah mengambil duit mangsa berjumlah RM1,400 serta meminta maaf dan memohon supaya mangsa tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
"Setelah lelaki itu beredar, mangsa mengemas rumah dan menjumpai satu nota permintaan maaf yang diletakkan lelaki terbabit di bahagian bawah pintu rumah mangsa," katanya.
Mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang sedang bekerja supaya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, katanya.
Mohd Ali berkata polis berjaya menangkap suspek hari ini dan merampas wang tunai berjumlah RM1,400, pemotong dawai dan telefon bimbit milik suspek.
"Suspek ditahan reman selama lima hari mulai hari ini,"katanya sambil menambah mangsa telah dua tahun mengenali suspek sebagai jiran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 01 2018
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata lelaki berumur 29 tahun itu memecah masuk rumah jirannya yang merupakan seorang guru wanita kira-kira pukul 4.45 pagi.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Lelaki mengaku curi tandas duduk emas bernilai RM286 juta
Tandas yang diberi nama 'America' telah dicipta oleh seorang artis seni Itali yang terkenal, Maurizio Cattelan.
Dua lelaki ditahan curi, jual penukar bermangkin ekzos
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-dua suspek berusia 30an hingga 40an itu ditahan di Petaling Jaya dan Jalan Ipoh, semalam.
Lelaki ditahan syaki pecah masuk bengkel
Kejadian itu disyaki membabitkan tiga suspek yang telah mencuri barangan kenderaan di premis tersebut.
OKU rugi RM4,000, amah larikan barang kemas
Mangsa telah membayar gaji sebanyak RM1,200 kepada suspek yang diambil bekerja awal bulan Disember tahun lepas.
Pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan curi wang ATM
Polis menahan seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan selepas disyaki terbabit dalam kes curi wang daripada sebuah mesin wang automatik (ATM) di sebuah institusi pengajian di Bestari Jaya.
Geng curi barang kosmetik, pakaian kanak-kanak tumpas
Polis menumpaskan geng curi barangan kosmetik dan pakaian kanak-kanak di pasar raya dengan tertangkapnya lima individu termasuk empat wanita dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.
Lelaki curi cermin mata berjenama dipenjara 6 bulan
Tertuduh turut didakwa melakukan khianat dan melanggar dua pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menggunakan sebuah kereta.
Lelaki miliki 20 rekod jenayah lampau ditahan
Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Polis tahan dua lelaki disyaki curi motosikal
Hasil semakan mendapati motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki kedua-dua suspek baru sahaja dilaporkan hilang pada 5 Ogos.
Dua warga asing ditahan curi dada ayam 18 kg
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati salah seorang daripada suspek postif dadah jenis methamphetamine.