KOTA KINABALU:Kerajaan akan menaik taraf sistem perparitan sebagai langkah mengatasi masalah banjir kilat di beberapa daerah di negeri ini, kata Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Menurut beliau, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jurutera daerah telah diarah memantau daerah-daerah yang kini terjejas teruk akibat banjir, terutama melibatkan kejadian tanah runtuh dan lainnya.
"Saya telah meminta Pengarah JKR dan jurutera daerah untuk memantau keadaan dan mengambil tindakan bagi jalan-jalan raya yang mengalami kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan yang terjejas akibat hujan lebat sejak malam kelmarin.
"Tindakan segera perlu diambil terutama di jalan-jalan raya yang berlaku tanah runtuh supaya penduduk tidak terjejas perhubungan mereka.
"Saya sendiri akan melakukan lawatan ke beberapa tempat yang dilanda banjir itu untuk melihat sendiri punca berlakunya banjir kilat bagi membolehkan tindakan susulan diambil," katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
BACA: Banjir Tuaran: Pusat operasi dibuka, penduduk gesa pembesaran parit dipercepat
BACA: Beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu dilanda banjir kilat
Menurut Timbalan Ketua Menteri I itu lagi, beliau akan memastikan langkah proaktif diambil syarikat konsesi sekiranya kawasan terjejas melibatkan kawasan konsesi.
"Sekiranya jalan-jalan raya itu di bawah jagaan syarikat konsesi, mereka diminta mengambil langkah pro-aktif untuk membersihkan dan membaik pulih runtuhan tersebut dengan kadar yang segera.
"Bagi kes jambatan runtuh sebagaimana yang berlaku di Kampung Melangkap, Kota Belud, saya telah meminta pihak jurutera daerah dan Pengarah JKR meneliti kerosakan yang berlaku.
"Sekiranya ia melibatkan tanggungjawab jabatan, tindakan serius akan diambil untuk memperbaikinya melalui peruntukan kecemasan," katanya.
Sehingga jam tujuh pagi ini, seramai 292 mangsa banjir ditempatkan di lima buah pusat pemindahan di daerah Kota Belud.
Hujan lebat selama hampir empat jam pada Ahad telah menyebabkan paras air di tiga sungai utama di daerah itu naik mendadak dan mengakibatkan 38 buah kampung berdekatan sungai terjejas.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Oct 06 2020

Penduduk kampung Kaulan Tamparuli menggunakan tali untuk menyelamatkan diri apabila rumah mereka dinaiki banjir ekoran hujan lebat berterusan di kawasan itu, 5 Okt, 2020. --fotoBERNAMA/Fail

Bapa Bob Lokman didenda RM4,000 atas kesalahan ugut, rosak harta masjid
Bapa Bob Lokman didenda RM4,000 atau penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut pegawai masjid dan melakukan khianat.

Ini yang anda perlu tahu mengenai Proklamasi Darurat
Ordinan Darurat yang diisytiharkan baru-baru ini mencetus 1,001 persoalan kepada segelintir rakyat Malaysia.

Hiburan | Kemenangan Bront Palarae di Anugerah Televisyen Asia ke 25
Anugerah Televisyen Asia 2020 yang berlangsung secara maya pada Sabtu menyaksikan aktor Bront Palarae dinobatkan sebagai pemenang Best Leading Male Performance - Digital.

PSR: Nelayan dakwa pampasan tidak masuk akal dengan projek bertaraf mega
Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang berkata nilai pampasan yang dicadangkan terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah projek yang ingin dibangunkan.

TERKINI: Bekalan darah HRPZ II kritikal

Pasar Awam Apollo diarah tutup, gagal patuhi SOP
Keadaan di pasar itu didapati terlalu sesak sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

COVID-19 | Adakah SOP ketika ini memadai bendung penularan?
Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes COVID-19 dengan semalam kes harian baharu tertinggi direkodkan dalam negara iaitu 4,029 kes. Untuk mengulas mengenai perkara ini, bersama dengan kita ketika ini ialah Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng.

COVID-19 | JAWI anjur program Wilayah Persekutuan Bermunajat
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui masjid, surau Jumaat, dan surau di seluruh Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menganjurkan program Wilayah Persekutuan Bermunajat.

Ozil dilapor tamat kontrak Arsenal, pindah ke Fenerbahce
Ozil, 32, tidak tampil bermain untuk Arsenal sejak Mac lalu dan dipinggirkan daripada skuad Liga Premier dan Liga Europa.

COVID-19: JAWI anjur program Wilayah Persekutuan Bermunajat malam ini
JAWI memaklumkan, antara pengisian program itu adalah solat Hajat, zikir dan doa munajat bermula pada malam ini, selepas solat Maghrib.

Kes Bung Moktar: Surat pindahan wang RM150 juta untuk tujuan pelaburan - Saksi
Bung yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif pada ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie, 42.

Apa yang jadi di Semenanjung, GRS pertahankan mandat rakyat
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil pendekatan untuk terus mempertahankan mandat rakyat negeri ini selepas pilihan raya lalu.

Pemecatan Annuar tidak jejas Gabungan Rakyat Sabah - Bung Moktar
Bagaimanapun, tindakan itu boleh menghasilkan 'tempias' tersendiri, terutamanya di peringkat akar umbi.

UMNO Sabah niat bertanding 12 kerusi pada PRU15 - Bung Moktar
UMNO Sabah berniat untuk bertanding 10 hingga 12 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

UMNO Sabah kekalkan kerjasama dengan Bersatu untuk PRU15
Kerjasama antara UMNO Sabah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan dikekalkan dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

'Beri saya lima tahun untuk selesaikan masalah kecurian air, elektrik' - Bung Moktar
Kerajaan Negeri Sabah dan agensi berkaitan mengalami kerugian lebih RM450 juta akibat kecurian bekalan air dan elektrik sejak 2010 hingga kini

BN Sabah sokong pengisytiharan darurat di Bugaya
Keputusan perisytiharan darurat ini adalah tindakan yang perlu supaya tidak memburukkan lagi krisis kesihatan dan mengelak kehilangan lebih banyak nyawa akibat pandemik COVID-19.

Bung Moktar dilantik sebagai pemangku Presiden SAFA
Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi SAFA di Kota Kinabalu, hari ini.

Mohd Shahar ulangi pendirian keputusan UMNO 'No Anwar, No DAP'
Tegas Mohd Shahar, buat kesekian kalinya bahawa, beliau sentiasa berpegang kepada keputusan parti iaitu 'No Anwar No DAP'.

Bung Moktar nafi tandatangan SD sokong Anwar
Tegas Bung Moktar, bukan sesuatu yang mudah bagi seseorang pemimpin politik untuk mendapatkan sokongan dalam bentuk SD.