awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu dilanda banjir kilat

Bernama
Bernama
05/10/2020
03:23 MYT
Beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu dilanda banjir kilat
Hujan lebat sejak lewat malam tadi menyebabkan beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat. -Bernama
KOTA KINABALU:Hujan lebat sejak lewat malam tadi menyebabkan beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat.
Antara lokasi terjejas ialah sekitar Taman Telipok Jaya, Taman Telipok Ria, Kampung Lokub, Kampung Lorong Pulau, Manggatal dan Kampung Kaulan serta Kampung Rugading, Tuaran.
Tinjauan Bernama di kawasan berkenaan mendapati banjir mula naik sehingga menenggelamkan jalan raya dan beberapa kenderaan yang diletakkan berhampiran tepi jalan dan tingkat bawah beberapa bangunan kedai berhampiran.
Keadaan itu turut mengakibatkan beberapa jalan raya utama mengalami kesesakan lalu lintas.
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian banjir di beberapa lokasi dan kini pihaknya sedang menjalankan pemantauan di semua kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kota Kinabalu
#hujan lebat
#banjir kilat
#Taman Telipok Jaya
#Taman Telipok Ria
#Kampung Lokub
#Kampung Lorong Pulau
#Manggatal
#Kampung Kaulan
#Kampung Rugading
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan