KOTA KINABALU: Pembangunan mengikut koridor atau wilayah menerusi Rangka Tindakan Koridor Pembangunan Sabah 2.0 (2021-2030) perlu diperhebatkan terutama di Tawau susulan perpindahan ibu kota negara (IKN) Indonesia ke Kalimantan Timur.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, pembangunan wilayah Tawau perlu diberi tumpuan dan fokus terutama dari aspek kemudahan infrastruktur memandangkan daerah itu adalah kawasan paling hampir dengan sempadan Indonesia.
"Kita tidak boleh tertinggil dalam pembangunan wilayah ini. Sabah tidak boleh sekadar menjadi penonton kepada pembangunan negara jiran.
"Kita perlu bangkit, merebut peluang untuk bangun bersama. Mahu atau tidak kita mesti bergerak seiring supaya dapat mencipta kemakmuran bersama. Itu yang dinamakan membangun semangat kejiranan sepulau," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahas Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, ketika merasmikan Pembukaan Penggal Ke-3 Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16.
Ghulam Haidar menambah, sudah tiba masanya untuk kerajaan melihat semula platform kerjasama serantau menerusi BIMP-EAGA bagi meneroka prospek ekonomi yang boleh dimajukan berikutan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke Kalimantan Timur.
Selain itu, Kerajaan Sabah disaran untuk berbincang dengan Kerajaan Pusat bagi melihat secara terperinci peluang pembangunan koridor di kawasan sempadan Sabah-Kalimantan khususnya di Tawau.
Hal ini katanya penting memandangkan isu keselamatan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Eleanor Michelle Patrick
Tue Mar 22 2022
Ghulam (gambar) berkata, pembangunan wilayah Tawau perlu diberi tumpuan dan fokus terutama dari aspek kemudahan infrastruktur memandangkan daerah itu adalah kawasan paling hampir dengan sempadan Indonesia.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Perpindahan Ibu Kota: Sabah tidak boleh sekadar jadi penonton pembangunan negara jiran
Pembangunan wilayah Tawau perlu diberi tumpuan dan fokus terutama dari aspek kemudahan infrastruktur memandangkan daerah itu adalah kawasan paling hampir dengan sempadan Indonesia.