awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perplexity disaman lagi, kali ini oleh Encyclopedia Britannica dan Merriam-Webster

Amanz
Amanz
12/09/2025
05:00 MYT
Perplexity disaman lagi, kali ini oleh Encyclopedia Britannica dan Merriam-Webster
Perplexity disaman oleh Encyclopedia Britannica dan Merriam-Webster kerana didakwa menggunakan kandungan tanpa kebenaran, menyebabkan kehilangan trafik dan pendapatan.
NASIB Perplexity seperti sudah jatuh ditimpa tangga, tukul dan atap rumah kerana hari ini tiba giliran mereka disaman pula oleh Encyclopedia Britannica dan Merriam-Webster.

Ringkasan AI
  • Perplexity disaman oleh Encyclopedia Britannica dan Merriam-Webster kerana didakwa menggunakan kandungan tanpa kebenaran, menyebabkan kehilangan trafik dan pendapatan.
  • Tindakan saman turut dipengaruhi oleh status Perplexity sebagai pesaing dalam bidang AI pendidikan, dengan ciri jawapan terus yang menyerupai Google AI Mode.
  • Saman ini selari dengan tindakan undang-undang oleh News Corp dan media Jepun terhadap penggunaan kandungan tanpa izin oleh platform AI.

Ensiklopedia dan kamus terkemuka dunia ini menyaman Perplexity kerana didakwa menggunakan harta intelek tanpa kebenaran untuk memberikan jawapan kepada ciri carian internet yang ditawarkan.
Dengan penggunaan harta intelek tanpa kebenaran, Perplexity memesongkan trafik daripada laman Encyclopedia Britannica dan Merriam-Webster sekali gus mengakibatkan kerugian pada pendapatan.
Saman juga mungkin difailkan kerana Perplexity ialah pesaing memandangkan kini ialah sebuah syarikat AI yang sedang membangunkan chatbot AI untuk tujuan pendidikan.
Perplexity mempunyai kemampuan memberikan jawapan terus kepada soalan diberikan pengguna dengan memberikan ringkasan pendek.
Ia adalah ciri yang sama seperti Google AI Mode yang turut menerima kritikan daripada pengendali laman web yang semakin kehilangan trafik.
Saman yang difailkan Encyclopedia Britannica dan Merriam-Webster ke atas Perplexity adalah sama seperti yang difailkan News Corp serta beberapa akhbar Jepun kerana kandungan mereka digunakan tanpa kebenaran. -Amanz
Topic Berkaitan
#Perplexity
#Encyclopedia Britannica
#Merriam-Webster
#guna kandungan tanpa kebenaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan