awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persahabatan bentuk hala tuju hubungan Malaysia-Rusia - Agong

Bernama
Bernama
06/08/2025
15:24 MYT
Persahabatan bentuk hala tuju hubungan Malaysia-Rusia - Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin pada Majlis Sambutan Negara di Grand Kremlin Palace hari ini. - Foto BERNAMA
MOSCOW: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah lawatan negara ke Rusia mencerminkan hasrat ikhlas Seri Paduka Baginda untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Seri Paduka Baginda bertitah Malaysia menganggap Rusia sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai dan penting.
"Hubungan diplomatik kita telah terjalin lebih lima dekad, yang diwujudkan secara rasmi pada April 1967. Beta diingatkan bahawa Malaysia antara negara ASEAN terawal yang menjalin hubungan dengan Moscow.
"Seperti pepatah Rusia, persahabatan lebih berharga daripada wang. Dengan semangat persahabatan inilah, beta percaya, yang akan terus membentuk hala tuju hubungan antara kedua-dua negara demi kepentingan rakyat," titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada pertemuan rasmi dengan Presiden Rusia Vladimir Putin selepas majlis sambutan negara di Grand Kremlin Palace di sini hari ini.
Mengiringi Yang di-Pertuan Agong Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengiring, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamad Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.
Bersama Putin pegawai-pegawai kanan Rusia termasuk Pembantu Presiden Rusia bagi Hal Ehwal Antarabangsa Yury Ushakov, Menteri Pembangunan Ekonomi Maxim Reshetnikov, Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Valery Falkov, Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Alexander Pankin dan Timbalan Menteri Pertahanan Alexander Fomin.
Sultan Ibrahim kini dalam lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Rusia hingga 10 Ogos ini atas undangan Putin.
Kunjungan itu merupakan lawatan negara pertama oleh Ketua Negara Malaysia ke Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
#Lawatan Negara
#hubungan Malaysia-Rusia
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan