awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan sukan disaran terlibat aktif bantu komuniti dan perkasa perpaduan

Bernama
Bernama
04/02/2023
20:53 MYT
Persatuan sukan disaran terlibat aktif bantu komuniti dan perkasa perpaduan
Mohd Azahari berkata, sukan sangat rapat dengan masyarakat dan secara tidak langsung membantu kerajaan dalam usaha menyatupadukan rakyat. - Gambar hiasan
KUALA PERLIS: Persatuan-persatuan sukan disaran terlibat dalam program komuniti bagi membantu kerajaan dalam usaha memperkasakan perpaduan masyarakat.
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Mohd Azahari Mohammad berkata aktiviti sukan yang dianjurkan oleh persatuan sukan dapat dijadikan jambatan penghubung bagi menyatukan semua lapisan masyarakat.
"Sukan sangat rapat dengan masyarakat, dengan cara ini secara tidak langsung kita dapat membantu kerajaan dalam usaha menyatupadukan rakyat selaras dengan agenda Kerajaan Perpaduan.
"Sebagai contoh Cabaran 4x4 Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) 2023 yang dianjurkan di sini sempena Temasya Perkampungan Warna-Warni oleh Persatuan Pancuan Empat Roda Malaysia yang berjaya mengumpulkan pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan politik di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Terdahulu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan merasmikan merasmikan temasya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#persatuan sukan
#program komuniti
#perpaduan
#aktiviti sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan