awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perselisihan faham motif pembunuhan remaja perempuan, bekas rakan sekolah ditahan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/11/2020
08:52 MYT
Perselisihan faham motif pembunuhan remaja perempuan, bekas rakan sekolah ditahan
Polis masih mengesan pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. -Gambar PDRM
HULU TERENGGANU:Polis menahan bekas rakan sekolah seorang remaja perempuan yang mati dibunuh dalam kejadian di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata perempuan berusia 19 tahun itu yang menjadi suspek utama, ditahan ketika memberi keterangan di Balai Polis Telemong, 7.30 pagi tadi.
"Keterangan yang diberikan remaja berkenaan didapati mencurigakan lantas membawa kepada tangkapan tersebut.
"Hasil pendedahan suspek, dia yang juga rakan sekolah mangsa sehingga Tingkatan Lima memberitahu telah berkunjung ke rumah mangsa semalam.
"Dia dan mangsa duduk bersembang di ruang tamu sebelum berlaku perselisihan faham akibat kata-mengata. Mereka kemudian bergelut sebelum suspek mengambil pisau yang berada di ruang tamu untuk mencederakan mangsa," katanya di sini, hari ini.
BACA: Remaja perempuan jaga ibu sakit disamun, dibunuh kejam
Semalam, media melaporkan seorang gadis maut selepas disamun dan ditetak penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Kampung Lubuk Batu.
Kejadian itu juga menyebabkan pergelangan kiri mangsa yang berusia 19 tahun putus selain beberapa anggota badannya cedera akibat tetakan tersebut.
Mengulas lanjut, Mohd Adli berkata, hasil penahanan itu, pihaknya menemui beberapa barangan milik mangsa termasuk telefon bimbit, wang tunai dan alat solek.
Mohd adli berkata hasil pemeriksaan ke atas tubuh suspek juga menemui kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan.
Katanya polis masih mengesan pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Katanya suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#samun
#Remaja perempuan
#dibunuh kejam
#Kampung Lubuk Batu
#Hulu Terengganu
#Polis Terengganu
#Mohd Adli Mat Daud
#telemong
#Perselisihan Faham
#mangsa
#jaga ibu
#samun dan bunuh
#pecah rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan