awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD diselesaikan secara baik

Bernama
Bernama
22/03/2025
05:10 MYT
Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD diselesaikan secara baik
Rajasekaran (duduk, kiri) dan Hasnor bertemu dengan penjaja petai di rumahnya. Foto: Facebook Rajasekaran
PORT DICKSON: Perselisihan faham antara 'Pak Cik Petai' dengan penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) berhampiran sebuah pasar raya di sini yang tular di media sosial baru-baru ini, telah diselesaikan secara baik dan harmoni.

Ringkasan AI
  • Perselisihan antara 'Pak Cik Petai' dan penguat kuasa MPPD diselesaikan dengan baik, dan beliau diberikan lesen sementara untuk berniaga.
  • Pertemuan antara pihak MPPD dan peniaga petai meredakan ketegangan dan memastikan tiada isu serupa berlaku di masa hadapan.
  • ADUN Seri Tanjung menyampaikan sumbangan sebagai ganti rugi petai yang tidak dapat dijual.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Tanjung Dr G.Rajasekaran menerusi catatan di Facebooknya berkata MPPD bersetuju untuk memberikan lesen sementara kepada peniaga petai berkenaan, Mohd Noor Saad untuk menjalankan perniagaan secara sah.
Beliau berkata Yang Dipertua MPPD Hasnor Abd Hamid dan peguat kuasa terlibat juga sudah bertemu peniaga itu di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang di sini malam tadi.
"Pertemuan ini dapat meredakan ketegangan dan memberikan penyelesaian yang adil kepada semua dan pihak MPPD juga akan terus memantau situasi bagi memastikan tiada lagi isu seumpama ini berlaku pada masa hadapan," katanya.
Rajasekaran berkata pihaknya turut menyampaikan sumbangan, mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, sebagai ganti rugi petai yang tidak dapat dijual semalam.
Terdahulu tular sebuah video memaparkan peniaga petai itu mencampak beberapa petai yang dijualnya ke atas jalan.
Tindakan itu dipercayai sebagai protes selepas dihalang berniaga oleh penguatkuasa MPPD dan diarah untuk menghentikan perniagaan yang dibuat di kawasan parkir berhadapan sebuah pasar raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pak Cik Petai
#peniaga
#Aminuddin Harun
#G Rajasekaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan