awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan atlet sukan Olimpik terkesan angkara COVID-19

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
14/03/2020
14:41 MYT
Persiapan atlet sukan Olimpik terkesan angkara COVID-19
REEZAL: Atlet kita tak dapat menyertai kejohanan-kejohanan di luar disebabkan negara-negara yang melakukan 'clamp down'. - Gambar fail
Persiapan 35 atlet negara untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo pada Julai depan turut terkesan ekoran wabak COVID-19 yang diisytiharkan sebagai pandemik.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan daripada 35 atlet tersebut, 12 disahkan layak manakala 23 lagi dalam proses untuk disenaraikan ke kejohanan berkenaan.
Bagaimanapun, sesi latihan atlet tersebut menerima kesan manakala semua aktiviti di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ditangguhkan atau ditunda sehingga 30 April depan bagi mencegah jangkitan virus tersebut.
"Tentang persiapan atlet-atlet kita, memang ada kesan sebab ada dalam kalangan atlet kita tak dapat menyertai kejohanan-kejohanan di luar disebabkan negara-negara yang melakukan clamp down (penutupan sementara).
"Kejohanan-kejohanan yang sepatutnya kita cuba lakukan dalam negara pun kita menerima arahan untuk ditangguh atau dibatalkan," ujar beliau.
Reezal yang mengetuai jawatankuasa Road To Tokyo (RTT) berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu.
Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas memberitahu setakat ini tiada atlet negara yang dijangkiti COVID-19 dan mereka akan dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru jika sesi latihan disambung semula.
"Setakat ini tiada (jangkitan) cuma ada tiga pemain hoki yang dikatakan (dijangkiti) tetapi telah melalui saringan dan melalui saringan tersebut mereka didapati negatif," jelasnya.
Reezal memaklumkan beliau akan melawat Majlis Sukan Negara (MSN) dalam masa terdekat bagi mendapatkan perkembangan semasa mengenai atlet yang terbabit dengan Sukan Olimpik.
Sementara itu, program pembangunan sukan dan belia yang dirangka kementerian sebelum ini akan dianalisis bagi memastikan hanya program yang memberi impak dilaksanakan.
Reezal berkata, pihaknya akan menilai semula program sukan yang kurang memberi impak manakala sukan yang berpotensi seperti e-sukan akan diteruskan berikutan ia fenomena baharu di negara ini.
Topic Berkaitan
#atlet negara
#COVID-19
#KBS
#Kementerian Belia dan Sukan
#koronavirus
#Olimpik Tokyo
#Reezal Merican Naina Merican
#temasya olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan