Majlis Belia Malaysia (MBM) menyarankan agar persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 18 Mei ini mendahulukan perkara yang perlu diutamakan.
Pengerusi Biro Perundangan, Advokasi, dan Hak Asasi MBM Mohd Fared Mohd Khalid berkata persidangan perlu mengikut fasal keutamaan memandangkan ia hanya bersidang satu hari sahaja.
"Dengan hanya satu hari diperuntukan untuk sidang Dewan Rakyat akibat wabak COVID-19, segalanya akan menjadi sangat terhad untuk semua pihak.
"Dewan Rakyat mesti menjadi contoh utama kepada rakyat dalam isu mengelakkan perhimpunan semasa wabak COVID-19 masih dalam peringkat kawalan.
"Benar Dewan Rakyat perlu bersidang, tapi bersidanglah mengikut fasal keutamaan," menurutnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mohd Fared berkata persidangan kali ini akan dibuka dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagaimana ditetapkan Perkara 60 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata ia adalah seperti Titah Diraja atau "Throne Speech" yang diamalkan Parlimen Britain sejak abad ke-16 dan titah tersebut akan menyentuh hasrat baginda selaku ketua negara terhadap dasar kerajaan semasa.
"Mana-mana usul yang tertunda akan ada peluangnya pada sesi yang akan datang.
"Saya menyeru para belia terus berdoa agar kita dan Malaysia amnya terus dikurniakan kerajaan yang prihatin kepada warganya.
"Kerajaan dan pembangkang wajib fokus kepada meringankan kesengsaraan rakyat pasca COVID-19 yang dijangka lebih mencabar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 10 2020
Dewan Rakyat mesti menjadi contoh utama kepada rakyat dalam isu mengelakkan perhimpunan semasa wabak COVID-19 masih dalam peringkat kawalan, kata Mohd Fared. - Gambar fail
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Persidangan Parlimen 18 Mei ini sah - Pakar Perlembagaan
Persidangan Parlimen yang dijadualkan diadakan selama sehari pada 18 Mei ini adalah sah dari segi undang-undang.
Persidangan Dewan Rakyat perlu dahulukan perkara utama - MBM
Pengerusi Biro Perundangan, Advokasi, dan Hak Asasi MBM Mohd Fared Mohd Khalid berkata persidangan perlu mengikut fasal keutamaan memandangkan ia hanya bersidang satu hari sahaja.