PUTRAJAYA: Pengeluaran sijil halal bagi menu baharu yang dibangunkan oleh pengusaha atau pengeluar produk makanan yang telah memiliki sijil berkenaan akan dipercepatkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Beliau berkata Jakim dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sedang dalam perancangan menambah baik prosedur permohonan pensijilan halal termasuk meneliti kaedah mempercepatkan sijil halal bagi permohonan menu baharu.
"Biasanya pengusaha premis atau pengeluar produk makanan yang mohon sijil halal untuk produk baharu ini sudah ada sijil halal.
"Mereka akan guna bahan atau ramuan sama dalam menu baharu, jadi permohonan seumpama ini kita akan cuba percepat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Celik Halal Bersama Imam Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Hakimah berkata sebarang kaedah baharu yang akan diputuskan kelak tidak akan berkompromi dengan prosedur permohonan sijil halal sedia ada yang mematuhi kehendak syariah dan standard antarabangsa ISO/IEC 17065.
Pada 23 Mac lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Mesyuarat Majlis Halal Malaysia bersetuju bahawa suatu mekanisma atau proses baharu perlu dilaksanakan bagi mempercepatkan proses pengeluaran sijil halal.
Jakim telah diiktiraf sebagai badan pensijilan halal pertama di negara ini apabila memperoleh kelulusan akreditasi ISO/IEC 17065 pada 10 Okt 2020 selepas menjalani beberapa peringkat penilaian yang ketat oleh Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia).
Sementara itu, Hakimah berkata Program Celik Halal Bersama Imam Peringkat Kebangsaan 2023 diadakan bagi menyalurkan maklumat berkaitan isu halal kepada golongan berkenaan yang sering menjadi rujukan masyarakat di kawasan masing-masing dalam hal ehwal berkaitan agama.
"Penyebaran kenyataan sahih dan tepat daripada golongan imam menjadi faktor kepada sesuatu berita atau maklumat (berkaitan isu halal) mudah diterima masyarakat khususnya umat Islam. Saya melihat fungsi masjid dapat dijadikan pusat sehenti untuk masyarakat setempat mendapatkan maklumat berkaitan halal," katanya.
Menyifatkan golongan imam sebagai duta Jakim, beliau berkata peranan golongan itu dapat membantu menangani penyebaran maklumat dan berita palsu berkaitan isu halal di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
![Persijilan halal untuk menu baharu dipercepatkan Persijilan halal untuk menu baharu dipercepatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683710345_TBDATUKHAKIMAHMOHDYU.jpg)
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff ketika sidang media pada Program Celik Halal Malaysia Bersama Imam Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. - Foto BERNAMA
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
![Persijilan halal untuk menu baharu dipercepatkan Persijilan halal untuk menu baharu dipercepatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683710345_TBDATUKHAKIMAHMOHDYU.jpg)
Persijilan halal untuk menu baharu dipercepatkan
Pengeluaran sijil halal bagi menu baharu yang dibangunkan oleh pengusaha atau pengeluar produk makanan yang telah memiliki sijil berkenaan akan dipercepatkan.