KUALA LUMPUR: Persimpangan Bertingkat Alam Damai di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dibuka kepada pengguna bermula 12.01 tengah malam ini.
Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (Prolintas) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kutipan tol di susur keluar dan masuk di Persimpangan Bertingkat Alam Damai akan berkuat kuasa serentak dengan pembukaan laluan itu.
Menurut kenyataan itu persimpangan bertingkat sepanjang 1.5 kilometer (km) berkenaan dibina dengan akses secara terus antara jajaran utama Lebuhraya SUKE dan Jalan Alam Damai bagi memberikan kemudahan laluan alternatif kepada pengguna dari arah Sri Petaling dan Ulu Kelang untuk ke kawasan Alam Damai atau sebaliknya.
"Pembukaan Persimpangan Bertingkat Alam Damai ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Alam Damai, Taman Connaught, Taman Len Seng, Taman Bukit Anggerik dan kawasan sekitarnya," menurut kenyataan itu.
Selain itu, ia turut menambah baik kesalinghubungan ke beberapa lokasi strategik seperti Ampang, pusat bandar raya Kuala Lumpur, Sungai Besi dan Bukit Jalil sebagai alternatif untuk Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) atau Jalan Loke Yew yang sering berlaku kesesakan pada waktu puncak.
Prolintas memaklumkan Persimpangan Bertingkat Alam Damai itu adalah bahagian terakhir dibuka di Lebuhraya SUKE sekali gus menjadi pelengkap kepada keseluruhan jajaran lebuh raya berkenaan.
Fasa 1 dan Fasa 2 Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4km melibatkan jajaran utama dari Persimpangan Sri Petaling hingga Persimpangan Bukit Antarabangsa, masing-masing telah dibuka kepada pengguna pada 16 Sept 2022 dan 16 Jun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023
Prolintas memaklumkan kutipan tol di susur keluar dan masuk di Persimpangan Bertingkat Alam Damai akan berkuat kuasa serentak dengan pembukaan laluan itu. - Gambar Prolintas
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Tragedi kren SUKE: NIOSH lakukan kajian terperinci
NIOSH akan menjalankan kajian terperinci bagi mengetahui punca insiden kren gantri yang terjatuh di tapak pembinaan Lebuh raya SUKE yang mengorbankan tiga nyawa, semalam.
Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.
Projek bina SUKE dibantah kerana terokai hutan simpan
Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer itu, bermula dari Sri Petaling, melalui Sungai Besi,sebelum keluar di Hulu Kelang.
'Bincang dahulu sebelum bantah SUKE', nasihat kepada Penduduk Ampang
Penduduk Pekan Ampang diminta tidak membuat demonstrasi untuk membantah pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).