awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertambahan tempat matrikulasi tidak jejas pengambilan lepasan STPM ke universiti awam

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2019
07:18 MYT
Pertambahan tempat matrikulasi tidak jejas pengambilan lepasan STPM ke universiti awam
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengamalkan prinsip meritokrasi dalam pengambilan pelajar pengambilan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA).
Pertambahan 15,000 tempat untuk program matrikulasi, yang diputuskan oleh jemaah Menteri baru-baru ini, tidak akan menjejaskan proses pemilihan pelajar pengambilan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke peringkat ijazah pertama di Universiti Awam (UA).
Perkara ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengamalkan prinsip meritokrasi dalam pengambilan pelajar menurut kenyataannya pada Isnin.
“Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikuti pengajian di IPTA,” katanya.
Selain itu, calon-calon yang layak dan memenuhi syarat am, syarat khas program pengajian serta kriteria pemilihan yang ditetapkan akan dipertimbangkan berdasarkan kepada pilihan program pengajian yang dipohon.
“Proses pemilihan pelajar bergantung kepada pengiraan markah merit iaitu 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum,” ujarnya.
Tambahnya lagi, markah akademik bagi kedua-dua lepasan STPM dan Matrikulasi juga berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang diperoleh oleh calon yang memohon.
Dalam tempoh dua tahun sejak 2017, lepasan STPM menunjukkan pertambahan sebanyak 4,242 tawaran (21.07 peratus) manakala lepasan Matrikulasi meningkat sebanyak 1,981 tawaran (10.83 peratus) pada sesi 2018/2019.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#KPM
#matrikulasi
#pengambilan lepasan STPM
#Peningkatan bilangan tempat matrikulasi
#peringkat ijazah pertama di Universiti Awam
#Purata Nilai Gred Keseluruhan
#Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
#STPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan