Berikut adalah perutusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena ketibaan Ramadan 2015/1436 Hijrah:
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kerana dengan izin-Nya kita selaku umat Islam diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan 1436 H ini.
Sesungguhnya, pada bulan Ramadhan diturunkan al-Qur’an sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia. Di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan dan dilimpahi dengan pelbagai keistimewaan yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam. Justeru, diharapkan agar kita semua dapat mempersiapkan diri dari sudut fizikal, mental dan rohani dalam menjalani ibadah di bulan mulia ini.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa.” Sememangnya bulan Ramadhan merupakan bulan peningkatan iman dan takwa seseorang.
Sempena keberkatan Ramadhan ini, marilah kita perteguhkan hubungan dengan Allah SWT, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan keluarga, jiran tetangga dan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan komitmen terhadap perpaduan dan ukhuwwah yang selama ini menjadi asas kemajuan negara kita. Ini kerana, kestabilan dan kemakmuran negara saling berkait dengan kekukuhan perpaduan yang kita bina selama ini.
Dalam kenikmatan menyambut Ramadhan, janganlah kita melupakan saudara kita yang ditimpa musibah dan kesusahan dengan menadah tangan mendoakan kesejahteraan mereka serta menghulurkan bantuan seikhlas mungkin. Mudah-mudahan dengan pertolongan yang diberikan akan memberi sinar kegembiraan kepada mereka yang terlibat terutama ketika menjelang ketibaan Syawal.
Akhir kata, saya mendoakan agar kita dapat beramal dengan sebaik-baiknya pada Ramadhan kali ini dan negara kita terus dilindungi Allah dari sebarang bentuk ancaman serta mara bahaya.
Najib Tun Razak
Wed Jun 17 2015
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. - Gambar Fail
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
Perteguh hubungan dengan Allah, eratkan silaturrahim sesama insan - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam.