awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertemuan bersama ilmuan, 'koridor baharu' penuhi pentadbiran aspirasi rakyat - Ahmad Zahid

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
03/01/2023
08:35 MYT
Pertemuan bersama ilmuan, 'koridor baharu' penuhi pentadbiran aspirasi rakyat - Ahmad Zahid
(Dari kanan) Shamrahayu, Ahmad Zahid dan Shamsul Amri selepas perbincangan lebih dua jam ketika sesi kunjungan Majlis Profesor Negara (MPN). - Foto Facebook/Zahid Hamidi
Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan delegasi dari Majlis Profesor Negara (MPN) yang diketuai oleh Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, selaku Pengerusi MPN, hari ini.
Ahmad Zahid menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya berkongsi dapatan daripada pertemuan lebih dua jam itu. Antara lain, berbincang dan melihat sisi kerjasama yang boleh dijalinkan dengan melihat kepada kepakaran ilmuan dan kluster yang wujud di bawah MPN.
Kata beliau, isu utama yang diangkat adalah berkenaan pembangunan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang melibatkan sektor pendidikan khususnya TVET.
"Saya menyambut baik cadangan yang diberikan dan akan memastikan agensi di bawah KKDW akan terus diupayakan khususnya dalam sektor TVET.
"Saya juga mengajak para ilmuan yang bernaung di bawah MPN, turut bersama dalam membantu dan memberikan kepakaran mereka dalam isu kos sara hidup demi kesejahteraaan rakyat," katanya lagi.
Ahmad Zahid juga berharap sesi perkongsian dan meraikan pendapat dari para ilmuan ini akan terus diadakan.
Beliau turut menyifatkan pertemuan itu sebagai satu 'koridor baharu' dalam usaha mendapatkan input yang diperlukan di dalam memastikan dasar pentadbiran negara sentiasa memenuhi aspirasi rakyat.
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Timbalan Perdana Menteri
#Majlis Profesor Negara
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan