GUA MUSANG: Pertemuan antara wakil Orang Asli bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dilihat menjanjikan khabar gembira menerusi tuntutan perubahan dari segi pembangunan, prasana dan ekonomi.
Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan Bidi Ronggeng berkata beliau bersama lebih 20 wakil Orang Asli dari beberapa pos penempatan, bertemu Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tersebut bagi menyatakan hasrat hampir 16,000 komuniti Orang Asli, di negeri itu.
"Kami minta permohonan jalan perhubungan bersepadu dipercepatkan ke tahun hadapan dan mendapat respons daripada Timbalan Perdana Menteri, yang mahu projek tersebut dijalankan pada Januari iaitu dua bulan lebih awal daripada tarikh asal.
"Sekiranya penurapan jalan dapat dilaksanakan, kami tidak lagi berdepan masalah terutama ketika musim tengkujuh," katanya kepada pemberita selepas program Penyerahan Bakul MADANI Kepada Masyarakat Orang Asli, di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, hari ini.
Bagi Penghulu Kampung Merlong Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Ibrahim Marijah, 66, berkata beliau mengambil kesempatan memohon penyelesaian terhadap masalah air dihadapi di kawasan pedalaman, dan berharap pertemuan tersebut menjadi detik permulaan kepada perubahan yang baik.
"Semalam telah diumumkan peruntukan besar mengenai air, jadi janganlah mereka yang tinggal di bandar sahaja dapat menikmati kemudahan ini, kerana kami sekarang masih bergelut dengan masalah air yang tidak boleh dibuat mandi dan minum.
"Jadi harapan saya agar tuntutan ini dipercepatkan untuk pembinaan sistem air bagi masyarakat Orang Asli, khususnya di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis dan pedalaman yang memerlukan air," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Sapiah Mohd Nor berkata buat masa ini, beliau mendapat maklumat bahawa pelantikan kontraktor sudah selesai dibuat melibatkan projek untuk menaik taraf jalan rosak dan tidak berturap di perkampungan Orang Asli di daerah itu, melalui KKDW yang mendapat peruntukan sebanyak RM200 juta.
"Sebagaimana Timbalan Perdana Menteri kata beliau akan cuba mempercepatkan projek berkenaan dan kita harap perkara ini menjadi kenyataan, kerana masalah pengangkutan dan perhubungan merupakan isu yang besar bagi Orang Asli.
"Kami terutamanya JAKOA Kelantan, berusaha keras dan telah membuat beberapa perolehan untuk pelaksanaan perhubungan dari kampung ke kampung, untuk akses kepada bantuan dan permohonan daripada penduduk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023
Ahmad Zahid (dua, kanan) mengadakan sesi dialog bersama Tok Batin dan Tok Penghulu Masyarakat Orang Asli Galas di Pusat Khidmat DUN Galas, hari ini. Turut hadir ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim (kanan). - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli
Hanya terdapat anggaran kurang daripada satu peratus masyarakat Orang Asli di seluruh negara terlibat secara langsung dalam sektor awam.
Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.
Trauma Bah Kuning 2014: Orang Asli di Gua Musang mahu kekal tinggal di bangsal
50 keluarga masih enggan pulang ke rumah masing-masing khususnya yang terletak di kawasan lebih rendah.
Belanjawan 2025: Pahang sasar kutipan hasil RM1.194 bilion
Pahang menyasarkan kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.194 bilion tahun depan iaitu peningkatan lima peratus berbanding belanjawan tahun lepas.
72 kampung Orang Asli diwartakan di Perak setakat ini - Exco
Sebanyak 72 pewartaan kawasan yang melibatkan 99 Kampung Orang Asli (KOA) telah diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Perak setakat ini.
Pahang bina pangsapuri bantu orang muda dan B40 miliki rumah
Kerajaan Pahang akan membina pangsapuri bagi membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah sejajar misi memastikan tiada lapisan masyarakat di negeri ini terpinggir.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
Orang Asli tiada geran tanah mahu jual kelapa sawit perlu rujuk kerajaan negeri
Masyarakat Orang Asli yang mahu menjual buah kelapa sawit tetapi tidak memiliki geran tanah dan lesen perlu merujuk kepada kerajaan negeri masing-masing.
Gombak-Hulu Langat Geopark bantu jayakan Tahun Melawat Selangor 2025 - Amirudin
Perisytiharan Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor akan menjadi antara batu loncatan bagi mempromosikan tarikan pelancongan.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.