awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertimbang semula pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM - Sivarasa

Bernama
Bernama
05/09/2018
21:31 MYT
Pertimbang semula pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM - Sivarasa
Pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM menimbulkan polemik kerana beliau merupakan seorang menteri dan Anggota Parlimen Simpang Renggam. - Gambar fail
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa berkata pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) wajar dipertimbangkan semula.
Menyatakan rasa terkejut dengan pengumuman berkenaan, Sivarasa berkata hal itu perlu dikaji semula supaya ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH).
"Sebagai contoh, Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) cuba mengambil portfolio pendidikan tetapi berundur kerana bercanggah dengan manifesto," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Pilihan Raya Kecil Seri Setia di Taman Ladang Glenmarie, di sini malam tadi.
Pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim menimbulkan polemik kerana beliau merupakan seorang menteri dan Anggota Parlimen Simpang Renggam.
BACA: 'Banyak lagi kerja Menteri Pendidikan'
BACA: UIAM sambut baik pelantikan Maszlee Malik sebagai presidennya
BACA: 'Anwar juga pernah dilantik Presiden UIAM'
Pelantikannya dikatakan melanggar manifesto PH bahawa tidak akan ada lantikan politik untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
PH juga berjanji untuk memulihkan kembali kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bercanggah
#GLC
#IPT
#kaji semula
#kebebasan akademik
#kerajaan
#lantikan politik
#Manifesto
#Maszlee Malik
#Pakatan Harapan
#pelantikan
#pilihan raya
#Polemik
#portfolio pendidikan
#presiden
#R Sivarasa
#UIAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan