awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertumbuhan ekonomi negara, hutang kerajaan antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
21/03/2022
01:15 MYT
Pertumbuhan ekonomi negara, hutang kerajaan antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, perkara itu terkandung semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) kepada Menteri Kewangan. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Data terkini pertumbuhan ekonomi negara, keadaan fiskal, hutang kerajaan serta kaedah mengurangkan defisit dan hutang itu antara persoalan yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, perkara itu terkandung semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) kepada Menteri Kewangan.
Turut terkandung dalam sesi itu adalah soalan Dr Maszlee Malik (PH-Simpang Renggam) kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai usaha dan inisiatif kementerian untuk membantu para pelakon serta artis menyimpan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi masa depan dan saraan hari tua mereka.
Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) pula meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan usaha kementerian bagi menangani isu bebanan beg sekolah berat yang ditanggung oleh pelajar khususnya di sekolah rendah.
Selain itu, pertanyaan mengenai status terkini projek-projek solar di bawah Projek Solar Berskala Besar Pusingan Ketiga (LSS3) dan Program Solar Berskala Besar Bagi Menarik Pelaburan Tenaga Boleh Diperbaharui (LSS@MenTARI) akan dibangkitkan oleh Yeo Bee Yin (PH-Bakri) kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Turut ditanya adalah mengenai usaha dan perancangan kementerian untuk mengurangkan bilangan gelandangan di seluruh negara yang diajukan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Bersatu-Alor Gajah) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Selesai sesi tersebut, bacaan kali pertama Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 serta Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 masing-masing dijangka dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Turut dijangka menjadi tumpuan adalah sesi bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021, Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022.
Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertumbuhan ekonomi negara
#hutang kerajaan
#Dewan Rakyat
#Menteri Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan