Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Ogos 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Ogos 2026.

  1. Suami isteri dilapor hilang ditahan terlibat kes tipu 'kutu'

    Pasangan berusia 36 dan 39 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada 1.30 pagi tadi.

  2. Nurul Izzah cuti sementara jawatan Timbalan Presiden PKR

    Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk memberikan cuti sementara kepada Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar, berkuat kuasa selepas Kongres Nasional 2026 di Melaka, minggu depan. 

  3. Sejarah tercipta! Danish Iftikhar dalam kelompok sembilan pelari pecut terbaik dunia

    Dia merekodkan catatan masa 10.36s  untuk menamatkan larian di kedudukan kedua dan kejayaan itu menyaksikan Danish Iftikhar antara sembilan pelari pecut terbaik dunia B-20 tahun.

  4. BN mahu pertahan 21 kerusi DUN di Melaka

    Barisan Nasional (BN) berhasrat mempertahankan kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

  5. Jenazah Cik Man selamat dikebumikan di Tanah Merah

    Jenazah pelakon veteran, Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual Petai Lima di Gual Ipoh di sini pada Khamis.

  6. PKBM mohon KBS, MSN pertimbang bawa semula Azizulhasni dalam program RTG

    Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mempertimbangkan usaha membawa semula jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang ke dalam program Road to Gold (RTG).

  7. Bunuh anak: Hukuman mati bekas anggota tentera diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan

    Seorang bekas anggota tentera terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1, menukarkan hukuman itu dengan penjara 40 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh anak perempuan kandungnya, lapan tahun lepas.

  8. Gulf Air buka tempahan penerbangan ke KLIA menjelang F1

    Syarikat penerbangan nasional Bahrain, Gulf Air kini membuka slot tempahan bagi perkhidmatan penerbangan terus antara Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain (BAH) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dijadual bermula pada 29 September 2026.

  9. Ismail Sabri didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

    Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

  10. PM zahir dukacita tragedi anggota polis maut terkena renjatan elektrik

    Menerusi hantaran di media sosial, beliau berkata siasatan perlu dijalankan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. 

     

Must Watch Video

Advertisement