Perubahan besar dan berani, bukan lemah atau kecil, perlu untuk merealisasikan pembaharuan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sungguhpun mengakui pembaharuan itu mungkin tinggi kosnya dan akan ada yang menang dan rugi dalam proses itu, beliau berkata kesakitan jangka pendek perlu dihadapi untuk keuntungan jangka panjang.
Semua bentuk pembaharuan ada kosnya yang terpaksa ditanggung, tetapi adalah untuk kebaikan rakyat, katanya pada sesi permukiman Mesyuarat Pemimpin (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) kali ke-22 di sini pada Selasa.
Mengenai pembaharuan dan inovasi, Najib menyokong idea Presiden China Xi Jinping bahawa pembaharuan ekonomi dan inovasi tidak sepatutnya terlalu bergantung kepada pakej pengeluaran biasa, sebagai contoh modal, tanah atau pekerja.
Sebaliknya, pertumbuhan ekonomi secara mampan dan mungkin lebih tinggi lagi kalau kita memberi tumpuan kepada pembaharuan inovasi dan ekonomi, katanya.
bagi pembaharuan inovasi dan ekonomi, Najib berkata Malaysia melaksanakan ekonomi rakyat dan ekonomi modal selain memperkenal Program Transformasi ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sejak beliau mengambil alih jawatan pada April 2009.
Ekonomi modal sahaja tidak terangkum secara sosial, manakala ekonomi rakyat meliputi rumah mampu milik, pendidikan dan pendapatan isi rumah yang tidak dapat menjana pertumbuhan ekonomi mampan," katanya dan menambah negara mesti melaksanakan kedua-dua model ekonomi untuk manfaat rakyat.
Mengenai inovasi, Najib berkata struktur yang diperlukan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh akademik dipasarkan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana.
"Mengenai perhubungan sesama penduduk, Malaysia memperakui potensi besar industri pelancongan.
Malaysia menekankan pentingnya keselamatan, terutama penerbangan awam, termasuk penerbangan di zon konflik," katanya memetik tragedi MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Rusia pada 17 Julai, serta MH370.
Najib hari ini menyertai mesyuarat AELM hari kedua dengan sesi permukiman di Yangi Lake.
Beliau menyifatkan APEC Beijing sebagai berjaya, dengan 21 negara anggota Apec memberi tumpuan ke atas isu-isu yang antara lain membabitkan pembaharuan struktur ekonomi, inovasi, perhubungan, perdagangan bebas.
Komitmen yang begitu positif akan mendorong kepada usaha menjadikan Asia Pacific sebagai kawasan ekonomi yang sangat cergas berbanding kawasan lain, sebab kita berpegang kepada prinsip membantu dan mendorong kepada kadar pertubuhan yang lebih baik, katanya.
Najib juga menyuarakan penghargaan kepada kerajaan China atas pengaturan mesyuarat tahap tinggi dengan kemudahan yang selesa.
Bernama
Tue Nov 11 2014
NAJIB: Perubahan besar dan berani perlu untuk pembaharuan - Foto BERNAMA
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Lawatan sulung PM ke Amerika Latin, bakal terima pingat tertinggi Republik Peru
Lawatan yang akan bermula 13 November adalah seiring Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang ke-31.
APEC: PM utara tiga cadangan usaha strategik pacu ekonomi rantau Asia Pasifik
Ia termasuk memperkukuhkan kerjasama pelbagai hala antara negara APEC khasnya dalam pengurusan pandemik COVID-19.
PM ketua delegasi Malaysia di pemukiman tidak rasmi ketua-ketua APEC esok
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai delegasi Malaysia pada Pemukiman Tidak Rasmi Ketua-ketua Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadual diadakan secara maya pada 16 Julai.
21 pemimpin APEC nyata komitmen, mudahkan cara akses vaksin COVID-19
Kesemua 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan komitmen untuk saling bekerjasama dan menyokong satu sama lain dalam usaha mendapatkan vaksin COVID-19
APEC 2020: Deklarasi Kuala Lumpur cerminan aspirasi keanggotaan
Ini seiring dengan usaha Malaysia dalam menjuarai kerangka bahawa ekonomi global yang mengambil kira kemajuan ekonomi melangkaui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
APEC 2020 secara maya, Malaysia menimba pengalaman luar biasa.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, selepas 22 tahun, kali ini Malaysia menimba pengalaman yang luar biasa.
APEC 2020: Visi peringkat tertinggi mampu dicapai - Pengerusi SOM
Malaysia selaku tuan rumah APEC 2020 percaya bahawa kesemua 21 anggota ekonomi akan bersatu dalam usaha merumuskan pernyataan visi peringkat tinggi APEC bulan depan.
Najib adakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Vietnam
Mesyuarat selama 30 minit itu berlangsung di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 di sini, hari ini.
Najib tiba di Beijing untuk sidang kemuncak APEC
AELM yang akan dipengerusikan Presiden China, Xi Jinping, bertemakan 'Mencorak Masa Depan menerusi Kerjasama Asia Pasifik'.