awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai di Pasir Puteh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Perunding kecantikan rugi lebih RM480,000 terperdaya 'job scam' dalam talian

Bernama
Bernama
03/10/2024
14:13 MYT
Perunding kecantikan rugi lebih RM480,000 terperdaya 'job scam' dalam talian
Roslan berkata wanita warga emas berusia 63 tahun itu menerima mesej supaya memuat naik aplikasi 'We Sing' dan seterusnya memuat naik video nyanyian bagi mendapat ganjaran berupa 'gift'. - Gambar hiasan/Astro AWANI
TANGKAK: Seorang perunding kecantikan mengalami kerugian RM485,100 selepas mendakwa terperdaya dengan penipuan pekerjaan atau 'job scam' dalam talian, pada Julai lepas.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata wanita warga emas berusia 63 tahun itu menerima mesej supaya memuat naik aplikasi 'We Sing' dan seterusnya memuat naik video nyanyian bagi mendapat ganjaran berupa 'gift'.
Beliau berkata mangsa kemudiannya dihubungi seorang individu bernama 'Jimmy' dan mendakwa bahawa pemilik aplikasi itu telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Jimmy telah menakutkan mangsa dengan mendakwa kononnya dia tidak membayar cukai pendapatan persendirian berjumlah hampir RM200,000 dan boleh ditahan oleh SPRM pada bila-bila masa.
"Mangsa yang terperdaya dan takut dengan kata-kata Jimmy telah membuat beberapa pembayaran ke atas 19 akaun suspek melibatkan 64 transaksi melalui mesin deposit tunai (CDM) berjumlah RM485,100, bermula 10 Julai hingga 30 Sept (Isnin) lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rosdi berkata mangsa menyedari telah ditipu selepas menceritakan mengenai perkara berkenaan kepada anaknya sebelum dia membuat laporan polis Selasa lepas.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rasuah
#SPRM
#warga emas
#cukai pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami