PUTRAJAYA: Peruntukan bagi pengedaran segera cetakan 20,000 naskhah terjemahan al-Quran dalam bahasa Sweden serta bahasa asing utama dunia yang dibentang dalam Belanjawan 2023 adalah wajar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah peruntukan itu agak kecil untuk peringkat permulaan dan perkara itu turut memberi manfaat kepada rakyat Malaysia meningkatkan kefahaman mengenai ajaran Islam.
"Masalah sekarang adalah kefahaman sebab pihak yang menentang Islam ini tak pernah baca (al-Quran dan tafsir). Malah ada (ekstrem kanan) melabel pihak yang tidak bersetuju dengan pendirian mereka sebagai liberal, sekular dan (pemikiran) Barat.
"Oleh itu, kena baca balik teks, terjemahan dan tafsir (usaha) ini sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan dan mengangkat penghayatan Islam ini," kata beliau pada sidang media selepas menghadiri Forum Antarabangsa: Pendekatan MADANI Mendepani Cabaran Islamofobia, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai peruntukan kerajaan dalam pengedaran cetakan al-Quran itu yang dikritik sesetengah pihak yang menyifatkan jumlah itu agak besar.
Anwar berkata usaha ini dapat menggalakkan lebih ramai mendapat akses kepada teks terjemahan dan tafsir kitab suci itu sekali gus meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai ajaran Islam, selari tradisi aqliyah atau tradisi ilmu.
Ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat lepas, beliau mengumumkan kerajaan menyumbang RM10 juta kepada Yayasan Restu bagi pengedaran segera cetakan 20,000 naskhah terjemahan al-Quran.
Pada 27 Jan, Anwar mengumumkan Malaysia akan mencetak sebanyak sejuta naskah al-Quran sebagai simbolik penuh hikmah dan matang bagi menjawab serangan terhadap Islam seperti kejadian pembakaran kitab suci al-Quran di Sweden baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Forum Antarabangsa: Pendekatan MADANI Mendepani Cabaran Islamofobia di Dewan Damar Sari, Kompleks F hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Peruntukan edar naskhah terjemahan al-Quran dalam Belanjawan 2023 wajar - PM Anwar
Peruntukan bagi pengedaran segera cetakan 20,000 naskhah terjemahan al-Quran dalam bahasa Sweden serta bahasa asing utama dunia yang dibentang dalam Belanjawan 2023 adalah wajar, kata Perdana Menteri.