awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan pembangkang: "Kalau tak runding, tunggulah sampai bilapun, saya tidak luluskan!" - Anwar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
19/09/2023
10:27 MYT
Peruntukan pembangkang: "Kalau tak runding, tunggulah sampai bilapun, saya tidak luluskan!" - Anwar
Perdana Menteri mengkritik kenyataan pemimpin pembangkang yang mendakwa tiada peruntukan diberikan ke kawasan mereka. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengingatkan wakil rakyat pembangkang supaya berunding dengan kerajaan sekiranya mahu peruntukan disalurkan kepada mereka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menasihatkan Ahli Parlimen pembangkang supaya tidak angkuh dan sombong, sebaliknya berbincang dengan kerajaan.
Beliau juga mengkritik dan menafikan kenyataan pemimpin pembangkang yang mendakwa tiada peruntukan diberikan kepada kawasan mereka.
Tegas Perdana Menteri, peruntukan di kawasan dan rakyat tetap disalurkan melalui beberapa projek untuk rakyat.
“Bila Yang Berhormat Bera (Datuk Seri Ismail Sabri) ambil alih (jadi Perdana Menteri), saya terima kasih kepada YB Bera, kerana YB Bera kata, kalau betul nak (peruntukan pembangkang), kita bincang baik-baik.
“Jadi kita hantar perwakilan (ketika itu pembangkang), bincang baik-baik dan kemudian ada hala tuju. Akhirnya beliau jemput saya, bincang sekali lagi. Lepas putus, tandatangan dan luluslah.
“Ini (sekarang ini) tak perlu tandatangan, bincang... (mereka) kata ini hak kami…bukan... ini bukan hak Ahli Parlimen. Rundinglah, lepas itu lulus.
“Kalau tak nak runding, tunggulah sampai bilapun. Saya tidak akan luluskan,” tegas beliau.
Tambah Anwar lagi, itu adalah keputusan muktamad daripada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pembangkang
#peruntukan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan