BANTING: Peruntukan tambahan RM200 juta yang diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan diagihkan kepada institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bulan depan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata agihan berdasarkan kursus-kursus yang ditawarkan itu dibuat sempena pengambilan pertama pelajar TVET untuk tahun ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara berkata peruntukan tambahan itu ditumpukan kepada bidang seperti kenderaan elektrik, keselamatan siber, kecerdasan buatan, bahan termaju, teknologi elektronik, mekanisasi ladang dan automasi pertanian serta penternakan
"Kita harap daripada peruntukan ini, latihan teknikal seperti dalam industri sawit dapat dilaksanakan bulan depan kerana infrastruktur sudah tersedia," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat di sini hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan sambutan itu mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM200 juta bagi memperkasa dan meningkatkan penyertaaan belia menceburi bidang TVET.
Menurut Anwar peruntukan tambahan yang akan disalurkan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) itu antara lain bertujuan menggalakkan institusi TVET membangun dan memperkasa program-program latihan seiring keperluan semasa pihak industri.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pelbagai syarikat antarabangsa bersedia menawarkan gaji permulaan lebih tinggi kepada lepasan TVET, mengambil kira realiti pemain industri memerlukan pekerja berkemahiran yang ditawarkan lepasan institusi kemahiran itu.
"Dalam pertemuan dengan beberapa syarikat antarabangsa, mereka sanggup bayar gaji minimum lebih RM4,000 (US$1,000), selain sudah memeterai MoU dengan syarikat berkenaan.
"Aspek latihan akan dibuat mengikut keperluan syarikat dan kilang berkenaan bagi mengelak ketidakpadanan serta pertindihan peluang pekerjaan," katanya.
Beliau mengulas laporan Tinjauan Gaji Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) untuk Eksekutif 2023 membabitkan 262 syarikat swasta yang dijalankan baru-baru ini, menunjukkan hanya 39.6 peratus majikan mengambil lulusan TVET.
Menurut laporan itu, situasi tersebut sekali gus menunjukkan kesedaran dan penerimaan lulusan TVET yang masih rendah bagi majoriti majikan swasta yang dilihat tidak terbabit dalam pengambilan pekerja melibatkan pelajar lepasan institusi TVET.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024
Perdana Menteri dan Ahmad Zahid sewaktu hadir pada sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat hari ini. - Foto Bernama
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Peruntukan RM200 juta diumum PM diagih bulan depan - Ahmad Zahid
Peruntukan tambahan RM200 juta yang diluluskan Perdana Menteri hari ini akan diagihkan kepada institusi TVET bulan depan.