awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan RM4.61 juta bagi Tahun Melawat Perak 2024 setakat ini - Exco

Bernama
Bernama
11/07/2024
13:33 MYT
Peruntukan RM4.61 juta bagi Tahun Melawat Perak 2024 setakat ini - Exco
Loh berkata daripada jumlah itu, RM3.49 juta adalah untuk projek naik taraf infrastruktur, sementara RM1.12 juta bagi program membabitkan semua daerah. - Gambar fail/Astro AWANI
IPOH: Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak setakat ini menyediakan peruntukan RM4.61 juta untuk melaksanakan program serta menaik taraf kemudahan dan infrastruktur pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pelancongan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee berkata daripada jumlah itu, RM3.49 juta adalah untuk projek naik taraf infrastruktur, sementara RM1.12 juta bagi program membabitkan semua daerah.
"Semua projek dan program ini akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan sebahagian program dianjurkan secara kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat," katanya ketika menjawab soalan pada sesi soal jawab lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Najihatussalehah Ahmad (PN-Bota) mengenai peruntukan telah digunakan kerajaan untuk mempromosi TMP 2024 bagi setiap daerah dan aktiviti menarik pelancong yang dilaksanakan di persisiran Sungai Perak serta pendapatan negeri hasil aktiviti pelancongan.
Loh berkata terdapat juga program yang dianjurkan oleh agensi dan NGO lain bagi memeriahkan TMP 2024 seperti pakej berbasikal di persisiran Sungai Perak.
"Ia diusahakan oleh pengurusan penginapan iaitu Sayong Resort. Selain daripada itu, terdapat juga pakej makanan di hotel berkenaan yang terletak bersebelahan persisiran Sungai Perak," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata data perbelanjaan pelancongan negeri hanya akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Perangkaan Malaysia dan Tourism Malaysia yang dijangka akan dikeluarkan pada Ogos atau September tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#Tourism Malaysia
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#TMM2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan