awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
Trump aktif bincang pembelian Greenland - White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan RM50 juta bantu selenggara 28 SJKT di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
06/01/2026
20:45 MYT
Peruntukan RM50 juta bantu selenggara 28 SJKT di Pulau Pinang
Sundarajoo berkata, dana tersebut akan disalurkan mengikut keperluan sebenar sekolah namun bukan dalam bentuk tunai selaras dengan amalan negeri sejak 2008. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Peruntukan RM50 juta bagi penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka memberi manfaat kepada 28 SJKT di Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah Tamil Pulau Pinang, Datuk Seri S Sundarajoo berkata, dana tersebut akan disalurkan mengikut keperluan sebenar sekolah namun bukan dalam bentuk tunai selaras dengan amalan negeri sejak 2008.
"Selain daripada peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri, peruntukan daripada kerajaan Persekutuan juga akan digunakan untuk menaik taraf infrastruktur, kemudahan pembelajaran serta program pembangunan murid termasuk program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta kelas robotik.
"Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyalurkan RM2.42 juta pada tahun lepas bagi membantu SJKT, meliputi naik taraf bilik darjah dengan papan putih baharu, papan pintar, televisyen pintar dan kemudahan digital lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi untuk Pemenang Pelajar Malaysia di World Robot Games (WRG) 2025 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, di sini, malam Selasa.
Sundarajoo yang juga Exco Perumahan dan Alam Sekitar negeri turut menzahirkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan terhadap SJKT dengan memberikan RM50 juta bagi penyelenggaraan tahun ini, berbanding RM30 juta tahun lepas.
Pada Isnin, Anwar ketika menyampaikan amanat tahun baharu pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kepada RM80 juta berbanding RM50 juta pada tahun lepas dan memperuntukkan RM50 juta bagi SJKT.
Sementara itu, Chow yang menyambut baik pengumuman Anwar yang meningkatkan peruntukan kepada SJKT, berkata ia amat bermakna khususnya bagi sekolah vernakular yang sekian lama memerlukan bantuan untuk menaik taraf kemudahan asas serta menambah baik persekitaran pembelajaran.
"Daripada pengalaman Pulau Pinang sejak 2008, kita mendapati SJKT memang memerlukan peruntukan berterusan bagi menaik taraf kemudahan asas, peralatan, perabot serta bahan pembelajaran dan pengajaran," katanya.
Chow menjelaskan, sejak hampir dua dekad Pulau Pinang menyalurkan peruntukan kepada SJKT dan kebanyakan sekolah berkenaan berjaya menaik taraf kemudahan, namun masih terdapat isu berbangkit termasuk status pemilikan tanah.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, peruntukan kepada SJKT turut membawa makna lebih besar kepada masyarakat India kerana ia merupakan satu bentuk pengiktirafan terhadap peranan dan sumbangan sekolah Tamil dalam sistem pendidikan negara.
Terdahulu, Chow meraikan 24 pelajar dari SJKT di bawah bimbingan Syscore Academy yang merangkul lebih 80 pingat merentas sembilan kategori utama dalam WRG 2025 yang berlangsung di Taipei, Taiwan dari 25 Nov hingga 1 Dis lepas.
WRG merupakan satu daripada platform robotik dan STEM terbesar di dunia, menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari Taiwan, Jepun, Korea Selatan, India, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Singapura dan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peruntukan
#penyelenggaraan
#SJKT
#Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan