KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta bagi program Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.
Beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) di bawah SME Corporation Malaysia.
"Saya dimaklumkan SPIM di bawah TEKUN yang diperuntukkan oleh kerajaan sebanyak RM200 juta sebelum ini sudah habis dan peruntukan RM20 juta bagi BEEP untuk tahun 2022 juga telah habis.
"SPIM pinjaman yang popular untuk pembiayaan peniaga informal dan mikro...untuk kepentingan usahawan kecil, saya umumkan peruntukan RM100 juta lagi untuk SPIM.
"Saya umumkan juga peruntukan tambahan RM30 juta untuk BEEP," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Usahawan 2022 di sini malam ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sektor perniagaan dijangka terus menyumbang ke arah usaha pemulihan ekonomi negara, hasil pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan kerajaan.
Beliau berkata, pembangunan keusahawanan antara inti pati pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara, selain menjadi teras kepada penciptaan daya inovasi dan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.
"Kerajaan terus bersedia membantu golongan usahawan melalui pelbagai inisiatif dan program yang akan dilaksanakan dengan mengambil kira perkembangan ekonomi semasa.
"Kerajaan akan terus menyokong pembangunan dan pertumbuhan sektor perniagaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) demi memastikan lebih ramai usahawan dapat dilahirkan serta banyak peluang pekerjaan diwujudkan," katanya.
Perdana Menteri berkata, sektor perniagaan terutamanya PMKS kekal signifikan kepada pengembangan ekonomi negara walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Jun 27 2022

Ismail Sabri turut mengumumkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP). - Bernama

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MAHA 2022 capai sasaran satu juta pengunjung - PM Ismail Sabri
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir esok berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung hari ini.

Kerajaan akan bincang cadangan eksport semula ayam: PM
Perbincangan akan dibuat susulan permohonan daripada penternak yang mahu kerajaan mengkaji semula larangan eksport itu.

Pertemuan dengan PN telah diadakan: PM
Pertemuan yang berlangsung dua minggu lepas di Parlimen itu dihadiri Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin dan Bendahari PN, Ahmad Samsuri Mokhtar.

Kerajaan bercadang untuk bina litar perlumbaan drag di setiap negeri - PM
Cadangan itu akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentang Oktober ini.

Jepun akan laksana langkah-langkah tangani inflasi
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata langkah-langkah baharu untuk mengurangkan inflasi akan menjadi keutamaan bagi kabinet baharunya.

Malaysia sambut baik potensi kerjasama dengan Qatar - PM
Malaysia menyambut baik potensi kerjasama dengan Qatar dalam pelbagai bidang seperti bahagian tenaga, minyak dan gas serta sektor perumahan dan pembangunan infrastruktur.

Rayuan kes SRC: Firma guaman nafi tarik diri wakili Najib
Firma guaman yang baharu dilantik untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd menafikan dakwaan bahawa ia akan menarik diri.

Agong berkenan terima kunjungan hormat TPM Qatar
Majlis menghadap itu adalah julung kali buat Sheikh Mohammed yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Asia termasuk Malaysia.

Mohd Zuki Ali dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara
Pelantikan semula Mohd Zuki adalah atas kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan.

PM terima 'Golden Mongkol Award' pada majlis perasmian Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima "Golden Mongkol Award" pada majlis perasmian Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia 2022, hari ini.