GAZA: Pesakit dari Hospital Indonesia yang diserang di utara Gaza, kini memenuhi katil dan koridor Hospital Al-Nasser di Khan Younis.
Menurut pakar perubatan, kebanyakan mangsa alami cedera parah dan memerlukan bantuan perubatan segera.
Bagaimanapun, keadaan hospital yang sedia ada amat sesak, sekali gus menyukarkan lagi bantuan perubatan untuk mangsa.
Ia susulan kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Unit Bantuan Pernafasan Ventilator kini sudah melebihi jumlah mangsa.
"Kami tidak mempunyai katil yang mencukupi, kami hanya berurusan dengan kes-kes kecemasan, dengan kes-kes pembedahan dan unit ICU kami hanya satu dengan 12 katil. Kami terpaksa mengembangkan ICU kami kepada lebih banyak lagi.
"Walaupun kami tidak dapat menangani sejumlah besar orang yang cedera, di samping itu kami tidak mempunyai bekalan yang mencukupi, kami tidak mempunyai ventilator yang mencukupi dan kini keadaan hospital sangat menyedihkan," kata Dr Mahmoud Al-Hallaq.
Menurutnya lagi, kemudahan hospital berkenaan kini hanya hanya mampu menangani kes sangat kritikal sahaja, ekoran keadaan sangat teruk menimpa mereka.
Seorang bapa mangsa ketika ditemui berkata dia sudah menghabiskan masa berhari-hari lamanya di Hospital Indonesia, sambil melihat anak perempuannya menderita akibat kekurangan sumber perubatan.
Katanya, keadaan sangat teruk di hospital berkenaan seperti ketiadaan doktor dan mayat bergelimpangan di lantai hospital memaksanya memindahkan anaknya di Hospital Al-Nasser.
Kini semua hospital di bahagian utara Gaza itu berhenti berfungsi sepenuhnya, namun mereka masih menempatkan pesakit yang tidak dapat bergerak dan melaksanakan perpindahan.
Astro Awani
Wed Nov 22 2023
Seorang rakyat Palestin yang cedera dikejarkan ke Hospital Al-Naseer susulan serangan tentera rejim Zionis Israel di kem pelarian Khan Younis. - Foto AP
AWANI Ringkas: Wanita warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Angka mangsa korban Palestin kini lebih 37,200
Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, tentera Israel membunuh 30 rakyat Palestin dan mencederakan 105 yang lain dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Hizbullah lancar serangan baharu ke atas Israel
Serangan itu berlaku selepas berbulan-bulan tembakan rentas sempadan yang hampir meletus setiap hari antara kumpulan itu dan tentera Israel sejak serangan Hamas, sekutu Hizbullah pada 7 Oktober ke atas Israel mencetuskan perang Gaza.
Berita Terkini Haji 2024, 11 Pagi | 14 Jun 2024
Perkembangan terkini musim haji dibawakan dalam Berita Terkini Haji dengan beberapa perkongsian terkini. Antaranya:
Inovasi Jalan Sejuk
Kisah penyulam Kiswah berketurunan Melayu
Polis Arab Saudi perkenal kenderaan EV dikuasakan dengan AI
Inovasi Jalan Sejuk
Kisah penyulam Kiswah berketurunan Melayu
Polis Arab Saudi perkenal kenderaan EV dikuasakan dengan AI
Purposeful Plastic - Circular Plastic Supply Chains
Plastics pervade our daily environment and this presents challenges as well as incredible opportunities for green action. Malaysia ranks as the FIFTH global plastic polluter of the oceans and highest among SIX countries in Southeast Asia in terms of annual per capita plastic packaging consumption. Seah Kian Hoe, Founder & CEO, Heng Hiap Industries (HHI) Sdn Bhd discusses strategies to ensure circular plastic supply chains and achieve the dual goals of positive climate impact and long-term sustainable financial returns.
G7 desak Hamas terima perjanjian gencatan senjata Gaza
Canselor Jerman, Olaf Scholz pada sidang kemuncak G7 di Itali turut mendesak Hamas untuk memberikan persetujuan yang diperlukan supaya pelan gencatan senjata boleh berfungsi.
Program Pengajaran Bahasa Inggeris: AS sedia adakan perkongsian dengan Malaysia - Duta
Amerika Syarikat sentiasa terbuka untuk membincangkan perkongsian dengan Malaysia bagi melaksanakan program pengajaran bahasa Inggeris.
Adabi perkenal Kari Sardin Dalam Tin pertama di Malaysia
Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) memperkenalkan produk baharunya, Kari Sardin Dalam Tin. Ia adalah produk pertama seumpamanya di Malaysia dan mampu memenuhi citarasa pengguna.
Wanita warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata ia susulan hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa berusia 60 tahun itu mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala dan leher disebabkan trauma objek tumpul.
Arab Saudi perkenal teknologi “jalan sejuk”
Bagi mengurangkan tekanan cuaca suhu panas terik yang bakal dihadapi para jemaah Haji, Kerajaan Arab Saudi laluan pejalan kaki jemaah Haji ditampal dengan getah asfalt sepanjang 1,000 meter yang bermula dari Arafah ke Muzdalifah.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
NGO Indonesia, Pakistan bentang pelan bangunkan semula Gaza
Kumpulan itu memulakan kempen mengumpul dana pada November tahun lepas untuk mengumpul kira-kira US$5 juta untuk projek hospital.
Pesakit Hospital Indonesia banjiri hospital lain
Menurut pakar perubatan, kebanyakan mangsa alami cedera parah dan memerlukan bantuan perubatan segera.
12 terbunuh dalam serangan tentera Israel di Hospital Indonesia di Gaza
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza pada Isnin.
Hospital Indonesia di Gaza bakal jadi pusat pengumpulan mayat terbesar
Jumlah pesakit melebihi 50 kali kapasiti hospital tersebut, dan diburukkan lagi dengan keputusan bekalan ubatan dan minyak.
Sukarelawan Palestin di Hospital Indonesia di Gaza terbunuh serangan udara Israel
Satu serangan udara Israel ke atas Hospital Indonesia di Bayt Lahiya, Gaza Utara pada Sabtu mengakibatkan kematian seorang sukarelawan Palestin.