JAKARTA: Satu serangan udara Israel ke atas Hospital Indonesia di Bayt Lahiya, Gaza Utara pada Sabtu mengakibatkan kematian seorang sukarelawan Palestin bernama Abu Romzi, yang telah berkhidmat di kemudahan itu sejak 2011.
Jet tempur Israel menyerang ambulans Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C), sebuah pertubuhan sosial kemanusiaan Indonesia, di hadapan kuarters sukarelawan di kompleks hospital itu.
"Abu Romzi, kakitangan MER-C tempatan yang berada berhampiran ambulans, adalah salah seorang mangsa dan segera dibawa ke hospital," tulis Farid, seorang sukarelawan Indonesia di Semenanjung Gaza, dalam satu kenyataan.
Ketua MER-C, Dr. Sarbini Abdul Murad menyatakan kesedihan atas kematian Abu Romzi dan mengecam serangan kejam Israel, yang menyerang hospital dan penduduk awam di Gaza.
"Kami menggesa pembukaan segera sempadan Gaza untuk membenarkan bantuan antarabangsa masuk ke Semenanjung Gaza," tambahnya.
[LAPOR LANGSUNG]: Palestin terus bermandi darah, Israel mengganas
Dr. Sarbini juga menggesa kerajaan Indonesia untuk memberi tekanan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk sesi tergempar mengenai perkara itu.
Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Indonesia menekankan kebimbangan mendalam negara berkenaan berhubung peningkatan konflik antara Palestin dan Israel.
"Indonesia menggesa tindakan keganasan segera dihentikan untuk mengelakkan lebih banyak kemalangan jiwa," kata kementerian itu dalam akaun rasmi X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, pada Ahad.
Agensi Anadolu melaporkan peningkatan konflik berikutan serangan mengejut Hamas pada awal Sabtu, membabitkan berpuluh-puluh pejuang yang menyusup masuk ke bandar-bandar Israel berhampiran enklaf itu di tengah-tengah tembakan hebat roket.
Kementerian Kesihatan Israel berkata sekurang-kurangnya 300 orang terbunuh di pihak Israel dengan lebih daripada 1,500 cedera akibat serangan itu.
Pada masa sama, serangan udara Israel di Gaza menyebabkan lebih daripada 250 kematian dan lebih daripada 1,700 penduduk Palestin cedera, seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
Jet tempur Israel menyerang ambulans Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C), sebuah pertubuhan sosial kemanusiaan Indonesia, di hadapan kuarters sukarelawan di kompleks hospital itu. - Foto MER-C
Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis
Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian.
Tablet percuma kepada murid dan guru
Kerajaan menyediakan tablet percuma kepada semua guru dan murid secara berperingkat di seluruh negara.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVII pada 20 Julai
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dijadualkan pada 20 Julai akan datang di Istana Negara.
85 penternak kupang terjejas terima bantuan LKIM dan Parlimen PD
Penyerahan bantuan itu bertujuan mengurangkan beban penternak yang terjejas sepanjang mereka tidak dapat menuai hasil ternakan kupang.
Perolehan dagangan Rusia-China catat rekod baharu AS$240 bilion
Putin berkata, jumlah perdagangan keseluruhan secara tepat mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara.
Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman
Seorang lagi suspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan.
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Sukarelawan Palestin di Hospital Indonesia di Gaza terbunuh serangan udara Israel
Satu serangan udara Israel ke atas Hospital Indonesia di Bayt Lahiya, Gaza Utara pada Sabtu mengakibatkan kematian seorang sukarelawan Palestin.