awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maryam Al Khawla dikebumi sebelah pusara abang
Polis terima laporan dakwaan kanak-kanak lelaki dianiaya di sebuah taska
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian bapa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit kanser di hospital kerajaan terima rawatan dalam tempoh dua minggu

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/09/2025
12:00 MYT
Pesakit kanser di hospital kerajaan terima rawatan dalam tempoh dua minggu
Dr Dzulkefly menjelaskan lebih 70 peratus pesakit memulakan rawatan dalam tempoh masa tersebut. - Gambar Bernama
PETALING JAYA: Pesakit kanser di hospital kerajaan lazimnya akan memulakan rawatan dalam tempoh dua minggu selepas disahkan menghidap penyakit itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan, lebih 70 peratus pesakit memulakan rawatan dalam tempoh masa tersebut, sekali gus menunjukkan keutamaan diberikan terhadap rawatan awal selepas pengesahan dibuat.
Dr Dzulkefly memaklumkan, pihaknya sentiasa berusaha menambah baik tempoh menunggu agar pesakit dapat menerima rawatan dalam masa lebih singkat, memandangkan pengesanan lewat sering menjadi cabaran utama dalam menangani penyakit itu.
"Secara purata, setelah pesakit telah disahkan menghidap kanser, terutamanya setelah biopsi telah dilakukan dan ujian molekuler terutamanya, maka kita meletakkan dua minggu untuk mereka terima rawatan.
"Lebih 70 peratus pesakit menerima rawatan dalam tempoh lebih kurang 2 minggu.
"Kita selalu ingin meningkatkan dan menambah baik tapi seperti yang anda tahu, kebanyakan (pesakit) datang (buat pemeriksaan) lewat. Kes didiagnos agak lewat dan sebab itu, rawatan agresif mesti dimulakan segera," katanya dalam sidang media selepas pelancaran program 'Live Laughs Lungs' sempena Hari Paru-Paru Sedunia, pada Sabtu.
Terdahulu, isu kekurangan kemudahan rawatan dan pakar kanser di hospital kerajaan dilaporkan sebagai masalah serius.
Kekangan itu mencetuskan kebimbangan bahawa pesakit tidak berpeluang menerima rawatan segera, sekali gus memberi kesan kepada jangka hayat pesakit.
Sementara itu, Dr Dzulkefly berkongsi seramai 4,916 perokok atau 56.8 peratus daripada mereka yang komited untuk berhenti merokok melalui program nasional di Klinik Berhenti Merokok telah berjaya melakukannya.
"Dalam sesi rawatan, mereka diberi peluang untuk tentukan sendiri tarikh untuk berhenti merokok.
"Daripada sejumlah 8,659 peserta yang beri komitmen, 4,916 perokok atau 56.8 peratus berjaya berhenti," katanya.
Dalam masa yang sama, Dr Dzulkefly berkata kerajaan merancang untuk mengembangkan inisiatif saringan X-ray dipacu AI untuk kumpulan berisiko tinggi kepada 150 klinik kesihatan tahun depan.
“Perkhidmatan itu kini boleh didapati di tujuh klinik kesihatan di Pendang, Seberang Jaya, Kajang Batu Sembilan, Cheras, Beserah, Kok Lanas dan Luyang.
“Kami mempunyai hasrat, perancangan dan komitmen untuk menyasarkan 150 lagi klinik pada 2026,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#kanser
#saringan X-ray
#Klinik kesihatan
#hospital kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan