awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit kencing manis tanpa sebelah kaki terpaksa berlindung di PPS

Bernama
Bernama
20/12/2022
09:49 MYT
Pesakit kencing manis tanpa sebelah kaki terpaksa berlindung di PPS
Nik Man Awang, 55, terpaksa didukung oleh anggota pasukan keselamatan untuk dibawa naik ke tingkat satu bangunan, selepas rumah yang didiami bersama isteri, Kazlina Mat Ali, 54, dan dua anak dinaiki air setinggi 0.4 meter.- Gambar BERNAMA
PERMAISURI: Seorang pesakit kencing manis yang uzur dan hilang sebelah kaki akibat dipotong, antara mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Mangkuk, di sini.
Disebabkan kekurangan tersebut, Nik Man Awang, 55, terpaksa didukung oleh pasukan keselamatan untuk dibawa naik ke tingkat satu bangunan, selepas rumah yang didiami bersama isteri, Kazlina Mat Ali, 54, dan dua anak dinaiki air setinggi 0.4 meter.
Kazlina berkata, walaupun mengalami kesukaran dan tidak selesa, beliau terpaksa membawa suaminya berpindah ke PPS kerana risau sekiranya air naik lebih tinggi dan mendadak pada waktu malam.
"Kalau ikutkan memang tak nak pindah kerana bahagian dapur sahaja yang dinaiki air, bilik dan ruang tamu masih selamat.
"Tetapi bila mengingatkan keadaan suami, saya ikut nasihat polis untuk pindah segera. Risau jika air naik waktu tengah tidur... siapa yang nak tolong angkat dan pindahkan dia (suami)," katanya ketika ditemui di PPS SK Kampung Mangkok, di sini hari ini.
Kazlina berkata, beliau tidak membuat sebarang persiapan, kerana rumahnya tidak pernah dinaiki air sebelum ini.
"Ini pengalaman pertama kami di PPS. Memang agak susah sebab suami berkerusi roda dan saya pula baru sahaja pulih daripada terkena angin ahmar... susah sikitlah nak bergerak," katanya.
Sementara itu seorang lagi mangsa, Muhammad Ammar Khalish Zubahi, 10, berkata, beliau terpaksa berpindah ke PPS, walaupun belum pulih sepenuhnya daripada berkhatan.
Bagaimanapun, beliau tetap selesa kerana ditemani keluarga dan rakan sekolah yang juga terjejas banjir.
"Baru tiga hari bersunat, luka belum baik lagi. Tetapi tak bosan sebab ada kawan untuk berborak," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#kencing manis
#PPS
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan